Isnin, 9 Februari 2015

Tema dan persoalan

Pengertian Tema dan Persoalan
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.
Tema hanya ada satu sahaja.
Tema sesuatu karya sastera boleh jadi tidak dinyatakan secara jelas

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.
Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya

Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya.

Isnin, 26 Januari 2015

PROGRAM CERAMAH ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAMIYYAH DARUL MUTTAQIN, KG. PERMATA , KUNDANG , SELANGOR

Assalamualaikum....

      Pusat Pengajian Pondok Islamiyyah Darul Muttaqin, telah mengdakan satu ceramah tentang peristiwa isra' mikraj Nabi Muhammad saw.  Dalam peristiwa tersebut Nabi telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam yang fadhilat dan pahalanya sama seperti 50 waktu. Dalam peristiwa tersebut juga nabi telah dipertontonkan pembalasan kepada manusia yang taat dan ingkar akan suruhanNya.

      Dalam sesi ceramah tersebut para hadirin telah dipertontonkan dengan beberapa video tentang gambaran hari qiamat, gambaran tentang pembalasan bagi umat yang ingkar dan beberapa lagi yang dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita untuk muhasabah diri semula tentang kewajipan yang harus kita laksanakan sebagai hamba Allah.

    Buat julung-julung kalinya pihak Darul Muttaqin menganjurkan program ceramah kepada penghuni pondok dan penduduk di sekitarnya.  Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ceramah tersebut dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kita menghadiri majlis ilmu dan mempelajari sesuatu daripadanya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.  Majlis tersebut juga dapat mengiratkan silaturrahim antara penghuni pusat pengajian dan penduduk di sekitarnya. 

    Pusat Pengajian Islamiyyah Darul Muttaqin juga amat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak agar dapat bersama-sama memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk membina infrastruktur kerana pusat pengajian ini baharu sahaja ditubuhkan dan dengan sumbangan yang dapat dihulurkan, mudah-mudahan dapatlah kita bersama-sama menginfaqkan harta benda kita ke jalan yang diredhai sebagai amal jariah yang berterusan. InsyaAllah. 

    Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah layari laman web http://pusatpengajiandarulmuttaqin.blogspot.com/  atau boleh terus membuat sumbangan melalui no akaun :

BIODATA SASTERAWAN NEGARA ANWAR RIDWAN

Anwar Ridhwan


KEHADIRAN Anwar Ridhwan dalam dunia penulisan kreatif mula dirasakan pada tahun 1970, ketika dalam tahun pertama Universiti Malaya.  Sajak dan cerpen adalah dua bidang sumbangannya yang agak prolifik dan diikuti kemudiannya dengan esei dan kritikan.  Sekitar pertengahan tahun 1970-an, sumbangannya dalam genre puisi dan esei/ kritikan dikesampingkan buat sementara, lalu beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap penulisan cerpen.  Dalam bidang inilah Anwar dianggap oleh peneliti sastera sebagai memiliki kekuatan sebelum melangkah ke arena penulisan novel.
Anwar adalah anak bongsu daripada enam orang adik-beradik yang lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.   Bapanya petani yang berasal dari Bagan Serai, Perak.  Ibunya, Habsah @ Mariam seorang bidan berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Setelah berumah tangga, kedua-dua orang tuanya menetap di Sungai Besar, Selangor.
Anwar menerima pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar (1956-1962) selama tujuh tahun.  Persekolahan rendahnya lebih setahun kerana sewaktu dalam darjah tiga, beliau kembali mengulang belajar dalam darjah dua.  Hal ini terjadi kerana sikap dan tindakan Anwar sendiri yang tidak menyenangi guru darjahnya yang garang.
Seterusnya Anwar belajar di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam (1963-1967) dari Tingkatan I-V dan Tingkatan Enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan belajar di Jabatan Pengajian Melayu.  Semasa menuntut di Universiti Malaya, beliau turut mengasaskan Ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM).  Anwar pernah mengasuh ruangan kebudayaan akhbar kampus Mahasiswa Negara dan menyertai program lawatan sambil belajar ke Indonesia, Hong Kong dan Thailand.  Pada tahun 1973, beliau lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian).  Pengalaman pahit secara dekat Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur turut memberi kesan dalam hidupnya dan sebahagian pengalaman itu dituang ke dalam beberapa karyanya.
Beberapa hari selepas meninggalkan universiti dalam tahun 1973, beliau diterima bertugas sebagai pegawai sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama 3 bulan.  Mulai 1 Mei 1973, beliau diterima sebagai Pegawai Penyelidik Sastera (tetap).  Selama bertugas dengan DBP, beliau pernah menjadi anggota sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Sewaktu semester musim rontok 1982, beliau berkesempatan mengikuti kursus penerbitan buku di New York University, Amerika Syarikat, dan pada tahun 1983, menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) daripada Universiti Malaya berdasarkan tesisnya yang diusahakan beberapa tahun sebelumnya.  Pada tahun 1982, Anwar berpeluang mengikuti kursus penerbit selama empat bulan di New York University, Manhattan, Amerika Syarikat.
Kemudian pada bulan September tahun 1986, Anwar berpeluang mengikuti International Writing Program di Universiti Iowa, Amerika Syarikat, selama empat bulan. Beliau juga pernah menyertai Pertemuan Puisi Dunia di Struga, Yugoslavia, pada bulan Ogos 1988, kemudian berkunjung ke Soviet Rusia sebagai tetamu Persatuan Penulis Soviet pada bulan September/Oktober 1988.  Seterusnya Anwar menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP, dan buat beberapa waktu, Anwar pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah.    Anwar pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat di Tokyo University of Foreign Studies mulai 1997-2000.  Pada tahun 1998, Anwar menerima Ijazah Kedoktoran daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Pada tahun 2001, Anwar menjadi Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar mempunyai latar belakang kegiatan sastera dan bahasa yang agak luas.  Dari tahun 1974-1976, beliau pernah menjadi Setiausaha Satu GAPENA; Pengarah “Pertemuan Sasterawan Nusantara III” yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 5-6 Disember 1981 dan Setiausaha “Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV” yang diadakan di Kuala Lumpur dari 7-10 Disember 1984.
Dalam dunia penulisan kreatif, antologi cerpennya yang pertama Parasit (1976), memperlihatkan corak penulisannya dengan gaya baharu melalui bahasa yang puitis.  Dalam antologi cerpennya yang kedua, Sesudah Perang (1978), Anwar menggarap tema tentang “nasib” watak-watak dalam kebudayaan tradisi di ambang kebudayaan baharu yang agresif, materialistik dan individualistik.  Inilah tema yang banyak diungkap oleh Anwar, sebagaimana terbukti dalam kebanyakan karyanya, termasuk sebilangan besar karya dalam antologi cerpen ketiganya Sangkar.  Selama menghasilkan cerpen, sudah empat kali Anwar memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia: “Perjalanan Terakhir” (1971), “Dunia Adalah Sebuah Apartmen” (1973), “Sesudah Perang” (1976), “Sasaran”, “Sahabat” dan “Menjadi Tua” (1982/83).
Novel pertama Anwar, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) memenangi Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah – GAPENA II.  Novel ini pada keseluruhannya melukiskan konflik jiwa tokoh penglipur lara kerana ancaman terhadap seni dan idealnya.  Di samping itu digambarkan juga kehidupan orang kampung yang terpencil dan bimbang akan akibat perang.  Novel ini memperlihatkan penguasaan yang seimbang antara isi, teknik dan adunan bahasa.  Karyanya mendapat tanggapan dan sorotan yang baik daripada para sarjana.
Anwar menerima anugerah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Hari-hari Terakhir Seorang Seniman sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling (dalam judul The Last Days of an Artist, DBP, 1982); juga sudah diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatuo Hoshino dan juga ke dalam bahasa Perancis.  Novel ini juga telah diadaptasikan ke teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan sudah dipentaskan sebanyak 14 kali di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Singapura.
Novel keduanya berjudul Arus menyusul enam tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1985.  Arus lebih kepada pemaparan persoalan semasa yang berlaku dalam masyarakat.
Novel ini menggambarkan konflik skandal bank dan isu kafir-mengkafir di kalangan umat Islam di negara ini dan terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85 bersama-sama novel Daerah Zeni karya A. Samad Said.  Novel Arus juga telah diterjemahkan ke bahasa Perancis pada tahun 1989 dan kemudiannya ke dalam bahasa Thai.
Sungguhpun penulisan kreatif Anwar lebih mengarah kepada cerpen dan novel, beliau juga berusaha untuk kembali menulis puisi, iaitu genre yang agak lama dikesampingkan; serta ingin mencuba menulis skrip drama.  “Jika ini terjadi”, menurut Anwar, “rangsangannya bermula dalam musim rontok di Manhanttan pada tahun 1982.  Latar, suasana dan keadaan di sana, seperti meminta saya untuk membuka jendela kreatif saya lebih luas.”  Tidak lama selepas itu lahir kumpulan puisinya berjudulTercipta dari Tanah, iaitu kumpulan puisinya yang pertama dan diterbitkan dalam tahun 1985.  Beliau juga memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993 untuk dramanya Yang Menjelma dan Menghilang.  Tahun sebelum (1991), kumpulan cerpen Sesudah Perang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul After the War and Other Stories.  Pada tahun 1992, cerpennya “Dari Kiev ke Moskova” telah memenangi hadiah pertama peraduan cerpen DBP-Maybank.  Dalam bidang penulisan drama pentas, Anwar telah menghasilkan Orang-orang Kecil (1990) dan Yang Menjelma dan Menghilang (1990) – drama ini memenangi Hadiah Utama, Peraduan Menulis Drama Yayasan Seni – Berita Harian 1990.  Anwar bukan setakat menghasilkan skrip malah melangkah lebih jauh dengan mengarahkan drama, setakat ini Anwar telah mengarah tiga drama pentas, iaitu Penghuni Paya – The Swamp Dwellers – Karya Wole Soyinka, 16-18 Disember 1991, Pulang (dramanya sendiri yang belum diterbitkan) 5-8 Disember 1995, dan Yang Menjelma dan Menghilang, (dramanya sendiri) 8-13 Jun 2001.
Anwar Ridhwan mula menulis cerpen pada awal tahun 1970-an. Apabila salah satu cerpennya pada peringkat awal itu memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1971), melalui cerpen “Perjalanan Terakhir”, beliau bukan sahaja merupakan antara penulis termuda memenangi hadiah tersebut, tetapi juga memperlihatkan keupayaan meneroka gaya pengucapan fiksi yang membaharui konvensi, serta lebih mengungkapkan psikologi watak-wataknya.  Daripada “Perjalanan Terakhir” bakat beliau selalu dikesan dan diperhatikan.
Kecenderungan beliau untuk membaharui konvensi, mempersembahkan cerpen dalam gaya yang agak berbeza berbanding pengarang Malaysia sezaman dan memberi penekanan aspek psikologi watak, terus terserlah dalam kebanyakan cerpen-cerpennya seperti “Dunia Adalah Sebuah Apartmen”, “Sahabat”, “Menjadi Tua”, dari Kiev ke Moskova” dan “Tik! Tik! Tik!”.
Ketika kebanyakan penulis cerpen sezamannya masih berlegar dalam latar Malaysia, Anwar melihat latar sebagai unsur yang sekunder.  Bagi, mesej dan persoalan kemanusiaan, tanpa batas geografi, adalah lebih utama.  Dengan demikian, apabila pembaca mengikuti cerpen-cerpen Anwar, mereka tidak sahaja akan menerima pengalaman seni yang segar, malah meluaskan pengalaman yang mengangkat pelbagai latar internasional.
SN Muhammad Hj. Salleh berpendapat bahawa cerpen-cerpen Anwar dicipta dengan begitu teliti dan bersih.  Barangkali pengalaman Anwar sebagai editor sastera selama bertahun-tahun, telah membentuk peribadinya untuk menghasilkan karya yang teliti, indah dan berkesan.
Persoalan dalam semua cerpen Anwar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pertama, watak yang bergelut dengan budaya serta nilai baru.  Budaya dan nilai baru itu, walaupun usianya muda, kelihatan lebih gagah, berkuasa, dan bergelombang global melanda budaya serta nilai yang lama.  Cerpen “Sahabat” dan “Menjadi Tua” hanyalah sekadar dua contoh cerpen Anwar.  Kedua, nilai kemanusiaan dan konsep demokrasi menjadi amat relatif dalam kehidupan pasca moden.  Cerpen “Dunia Adalah Sebuah Apartmen” dan cerpen-cerpen dalam kumpulan Naratif Ogonshoto adalah contoh persoalan sedemikian.  Dalam Naratif Ogonshoto, kedua-dua persoalan utama itu, yang sifatnya sangat universal, mengatasi unsur latar dan nama watak yang konkrit dan real.

Sebuah cerpen dalam Naratif Ogonshoto begitu unik olahannya.  Konflik nilai, makna demokrasi dan ancaman budaya baru begitu terasa keuniversalannya walaupun diletakkan pada latar sebuah republik fiktif di Pasifik.  Kumpulan cerpen ini, seperti juga cerpen-cerpen Anwar yang lain, membenarkan pandangan seorang sarjana Australia, Harry Aveling bahawa “Anwar’s world is more that of the urban intellectual: more precise, more restrained, at once Malay and international”.

Isnin, 9 Mei 2011

PROSA TRADISIONAL

Semoga catatan ini dapat membantu para pelajar memahami genre prosa dengan lebih mendalam...tetapi...harus ingat...teks asal perlu dibaca walau sukar mana sekalipun.  Dengan membaca teks asal anda akan lebih faham apabila membaca teks yang telah dialih ke bahasa moden ini. Ok. Selamat menempuh peperiksaan...

HIKAYAT CENDAWAN PUTIH


Raja Indera Kemala jatuh sakit.Raden Kesuma Wati berjumpa dengan ahli nujum.

Ahli nujum menyuruh mencari telur burung merpati putih di Gunung Meraksa

Dewa. Ramai rakyat jelata dikerah mencari telur burung tersebut.

Sementara itu Raja Syah Dewa Alam dari negeri Melaka Pura mempunyai seorang

anak bernama Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.

Baginda bermimpi makan telur burung merpati putih.Seluruh rakyat jelata dikerah

mencari telur burung tersebut tetapi tidak bertemu.Puteri Pelinggam Cahaya

susah hati tidak dapat mencari telur burung tersebut. Ketika tuan puteri tidur

disisi ayahnya dia bermimpi datang seorang perempuan tua memberitahu

bahawa telur burung itu ada di Gunung Meraksa Dewa. Mangkabumi diarah

keluar mencarinya tetapi tidak dapat.Akhirnya Tuan puteri sendiri pergi mencari

telur itu. Dalam pengembaraannya dia membunuh seorang hulubalang lelaki lalu

mengambil pakaian hulubalang itu dan menyamar sebagai seorang lelaki.

Setelah berkuda selama 4 hari 4 malam akhirnya dia sampai di negeri Kesambi

Pura dengan menamakan dirinya Bangbang Gajah Merta.

Dia memberitahu hendak mencari telur burung merpati putih. Raja negeri itu

menawarkan sesiapa yang dapat mengambil limau nipis di dalam lubang tanah

akan dikahwinkan dengan anakandanya Tuan Puteri Ratna Melur.

Bangbang Gajah Merta berjaya mengambil limau itu dan dikahwinkan dengan

Tuan Puteri Ratna Melur.Tuan Puteri Ratna Melur menyedari suaminya tidak

seperti seorang lelaki sejati.

Dia memohon kepada isterinya untuk mengembara mencari telur burung itu.

Bangbang Gajah Merta naik ke atas gunung dan berjumpa dengan seekor singa.

Singa itu menyuruh tuan puteri/Bangbang Gajah Merta menunggu Raja Kesuma

Ningrat untuk mengambil telur burung itu. Raden Kesuma Wati masih mencari

telur burung itu . Pada suatu hari dia ditangkap kerana mencuri juadah

di sebuah gerai. Sebagai hukuman dia dibawa mengadap Raden Kesuma Ningrat.

Raden Kesuma Ningrat menghukumnya menyuruhnya memandikan kambing

dan tinggal di negeri buangan

Pada suatu hari Tuan Puteri Indera Maya, bertemu dengan Raden Kesuma Wati

yang sedang memandikan kambing . Raden Kesuma Wati memberitahu bahawa

dia hendak mencari telur burung merpati putih untuk mengubati penyakit

ayahnya.Dalam pertemuan itu barulah Raden Kesuma Ningrat tahu bahawa

Raden Kesuma Wati ialah saudara tirinya setelah diberitahu oleh ibunya Puteri

Indera Maya.

Raden Kesuma Ningrat mengiringi pengembaraan Raden Kesuma Wati mencari

telur burung merpati putih.Raden Kesuma Ningrat banyak membantu Raden

Kesuma Wati yang ketakutan berhadapan dengan pelbagai binatang buas dan

raksasa.Raden Kesuma Ningrat akhirnya tiba di tempat Tuan Puteri Pelinggam

Cahaya yang duduk bersama seekor singa.Tuan Puteri Pelinggam Cahaya pun

menceritakan sebab dia sampai ke situ. Singa itu memberitahu bahawa telur

burung itu ada di dalam telinga naga di Gunung Meraksa Dewa.

Raden Kesuma Wati pula amat berahi akan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tetapi

Setiap kali dia berniat jahat 2 ekor landak yang menjaga tuan puteri itu akan

menghalangnya. Sebaik bertemu dengan naga itu, Raden Kesuma Ningrat

dibenarkan mengambil sendiri telur naga itu 2 biji telu itu pun dibahagikan

kepada Raden Kesuma Wati dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya.

Setelah hajatnya sampai, Raden Kesuma Wati menolak Raden Kesuma Ningrat

ke dalam laut yang kemudiannya berpaut pada sehelai daun selasih.Puteri

Pelinggam Cahaya amat sedih atas kematian Raden Kesuma Ningrat.Mereka

meneruskan perjalanan berdua.Raden Kesuma Wati menyedari telur burungnya

telah hilang lalu dia berniat mengambil telur kepunyaan tuan puteri itu.

Raden Kesuma Watipun membunuh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya,tetapi telur

burung merpati putih diterbangkan oleh seekor merbah ke udara.

Raden Kesuma Wati sampai ke Gunung Anta Dewa . Merbah itu memberitahu

kepada singa perihal kematian Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan kehilangan

Raden Kesuma Ningrat .Singa itu pun menyampaikan khabar itu kepada keluarga

masing-masing.

Puteri Ratna Sari menitahkan agar hulubalang mencari Raden Kesuma Ningrat.

Kisah seterusnya ialah serangan Raja Paksi Dewa terhadap negeri Indera Buangan

yang diketuai oleh tuan Puteri Ratna Sari.Raja Paksi Dewa kemudiannya tewas

dan menjadi tawanan.

HIKAYAT PUTERA JAYAPATI

Putera Jayapati bertolak ke rumah Malik Indera. Disana dia dijamu dengan juadah yang enak. Dengan menaiki kudanya Janggi Aspar dia bertolak ke istana tuan puteri.Sebaik-baik sahaja melihat wajah Putera Jayapati, tuan puteri jatuh cinta . Sementara itu rombongan Raja Peri bersama 4 orang anaknya sudah sampai untuk mengahwinkan anaknya Ranjuna dengan tuan puteri ,Tidak berapa lama kemudian, tuan puteri dipanggil ke istana untuk dikahwinkan dengan anak Raja Peri. Tuan puteri berat hati untuk menuruti perintah itu kerana kasih sayangnya pada Putera Jayapati.Ayahanda tuan puteri amat murka.


Baginda memerintahkan bala tenteranya mengepung istana tuan puteri.

Baginda mengutus hulubalang menangkap Putera Jayapati.Putera Jayapati menggunakan khidmat jin berempat untuk melawan hulubalang Raja Gangga Wijaya. Jin Berempat dapat menewaskan hulubalang. Raja Gangga Wijaya.

Kemudian Raja Indera Peri pula melanjutkan siri peperangan melawan Putera Jayapati. Raja Indera Peri menyeru rakyatnya dari alam ghaib menentang Putera Jayapati. Put era Jayapati menggunakan khidmat Sangga Mukasin, Sang Kuda Kempa,Setiara dan Sang Teratak Semendu iaitu Jin Berempatnya untuk menewaskan pihak Raja Indera Peri. Dalam peperangan itu rakyat Raja Peri tidak dapat menewaskan jin berempat.

Raja Indera Wiruna anakanda Raja Peri memanah jin Sangga Mukasin tetapi tidak lut. Kemudian Putera jayapati memohon kepada tuan puteri untuk memerangi sendiri musuhnya.Tuan puteri keberatan dan mengugut untuk membunuh diri.Putera Jayapati memujuk tuan puteri itu.Akhirnya berlansung juga peperangan antara Putera Jayapati dengan Raja Indera Wiruna, anak raja Peri.Setelah berperang dalam tempoh masa yang lama,Raja Indera Wiruna menukar dirinya menjadi naga kepala tujuh yang besarnya seperti sebuah pulau.Putera Jayapati pula menukar dirinya menjadi ular naga yang besarnya seperti sebuah gunung.Setelah menukar rupa peperangan itu berlangsung lama namun tiada siapa yang tewas.Kedua-duanya menukar rupa menjadi manusia semula.Raja Inderara Wiruna memanah Putera Jayapati tetapi anak panahnya hancur menjadi air.Putera Jayapati kemudian memanah Raja Indera Wiruna dan dapat menewaskannya.Raja Indera Wiruna mati dikuti oleh Sang Gangga Peri dan Raja Suran .dan Raja Indera Gangga. Mayat anak raja berempat itu dibawa pulang kepada ayahandanya iaitu Raja Peri yang amat sedih dengan kematian anak-anaknya. Peri.Berita peperangan itu sampai kepada Raja Indera Samudera Lela , anak Raja Gangga Wijaya yang begitu kagum akan kekuatan Putera Jayapati yang dapat menewaskan putera berempat itu iaitu anak Raja Peri.Raja Indera Samudera Lela ingin menewaskannya tetapi dihalang oleh ayahandanya dan pembesar yang lain.





Berdasarkan synopsis di atas jawab soalan-soalan berikut.



1.Siapakah nama putera raja yang gagah berani dalam cerita ini?



______________________________________________________________________



2. Mengapakah tuan puteri enggan kembali ke istana ayahandanya?



______________________________________________________________________



3. Mengapakah ayahanda tuan puteri murka?



______________________________________________________________________

4 Mengapa anak-anak Raja Peri berperang dengan Putera Jayapati?



__________________________________________________________________________



5 Siapakah yang membantu Putera Jayapati dalam siri peperangannya?



___________________________________________________________________________



6. Siapakah nama ayahanda tuan puteri?



________________________________________



7.Siapakah nama abang tuan puteri?



________________________________________



8 Apakah Raja Samudera Indera Lela jadi berperang dengan tuan puteri?



___________________________________________________________________________

PLOT - URUTAN PERISTIWA

Hikayat Indera Nata



1. Si Batu Kembar menangis meminta tolong kerana kepanasan. Si Batu Kembar ,baginda raja dan Indera Jenaka dan dayang-dayang biti perwara telah mati terbakar.

2. Indera Nata dan Tuan Puteri yang ketujuh sangat gembira kerana Raja dan Si Batu Kembar telah mati.

3. Tuan Puteri Cenderawati merupakan ibu kepada Indera Nata memberitahu kepada anaknya bahawa Raja Rom yang dibunuh itu merupakan ayahanda beliau.

*Peristiwa-Ketika belayar untuk mengambil buah-buahan dan bunga-bungaan di Pulau Pelanggam Cahaya Si Batu Kembar menculik Tuan Puteri Cenderawati lalu dibuang ke laut.Tuan Puteri Cenderawati telah bertemu dengan Bentara Gangga lalu diberi Gemala Hikmat Kesaktian.

4. Indera Nata menyuruh isterinya Tuan Puteri Cendera Kesuma mohon pertolongan tuhan untuk menghidupkan semula ayahandanya. Tuan Puteri Cendera Kesuma menggunakan Batu Hikmat Kesaktian pemberian daripada Betara Gangga serta memohon pertolongan Allah S.W.T, Raja Rom hidup semula lalu terpandang Tuan Puteri Cendera Kesuma(menantunya).Tuan Puteri Cendera Kesuma menceritakan semula peristiwa Si Batu Kembar menyihir Tuan Puteri Cenderawati menjadi orang Utan dan membuangnya ke laut dan bertemu dengan Betara Gangga yang memberikannya Batu Gemala Hikmat. Tuan Puteri Cendera Kesuma juga menceritakan semula peristiwa Indera Nata dan dirinya telah disuruh oleh ayahandanya itu mencari gajah bergandingkan emas.

5. Raja Rom menginsafi kesilapannya lalu mahu berjumpa Indera Nata.Puteri Cendera Kesuma meminta dayang-dayang memanggil Indera Nata dan kesemua enam puteri (Tuan Puteri Nur Laila,Tuan Puteri Ratna Cahaya, Tuan Puteri Bayang-Bayang, Tuan Cendera Dewi dan Tuan Puteri Indera Dewi).

6. Raja Rom bertemu Indera Nata, lalu berpeluk dan bertangis-tangisan saling memohon maaf menyatakan rasa insaf atas perbuatannya menganiaya anaknya Indera Nata, lalu bertanyakan tentang isterinya Tuan Puteri Cenderawati.Raja Rom bimbang sekirannya isterinya tidak mahu menerimanya atau memaafkannya, lalu menyuruh Indera Nata menjemput ibunya. Indera Nata menasihati ayahnya supaya pergi sendiri menjemput ibunya kerana mengikut adatnya lebih baik lelaki menjemput perempuan kerana sifat perempuan yang pemalu. Raja Rom mengajak Indera Nata pergi bersama-samanya.

7. Raja Rom berasa malu ketika bertemu semula dengan isterinya.Tuan Puteri Cenderawati menyindir suaminya, sepatutnya Raja Rom duduk bersama Si batu Kembar ketika itu.Raja Rom mengaku kesilapan dan kebebalannya, lalu memohon maaf berkali-kali. Tuan Puteri memaafkan suaminya dan mengikut suami dan anaknya kembali ke Istana dengan menghelakan Jempana Emas(m/s 42).

8. Raja Rom terlalu suka lalu member I sedekah emas keapada fakir dan miskin kemudian rakyatnya itu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Raja Rom.

9. Kisah Raja Mesir, Raja Iraq, Raja Siam, Raja Keling, dan Raja Peringgi mendapat berita puteri-puteri mera berada di negeri Rom lalu bercadang mengambil semula anak-anak mereka sekiranya gagal mereka bersepakat melancarkan perang.

10. Raja Mesir menuju ke negeri Rom, bertemu raja-raja lain ditengah lautan. Semasa tiba di Rom mereka dijemput untuk menghadap Raja Rom.Indera Nata berperahu kecil menyambut mereka ditengah lautan. Semua raja tersebut kagum melihat keelokkan rupa parasnya lalu tunduk member hormat.indera Nata memohon maaf dan bersedia menyerahkan dirinya kerana telah merampas anak-anak raja tersebut dari Raksasa.

11. Perbuatannya itu telah meredakan kemarahan raja-raja tersebut sebaliknya melahirkan rasa kagum melihatkan keelokkan tingkah laku Indera Nata.

12. Indera Nata membawa isteri-isterinya ke dalam Istana berjumpa dengan ayahanda masing-masindg dan mereka bersuka ria selama tiga hari tiga malam.

13. Ayahanda Si Batu Kembar yang murka dengan Indera nata yang menyebabkan kematian anaknya datang menyerang Rom. Indera Nata bersedia untuk berperang dan Tuan Puteri Cendera Kesuma memberi Batu Gemala Kesaktian kepada suaminya.Kemudian Indera Nata masuk ke hutan lalu bertemu sebuah gunung yang besar dan tinggi, tempat tinggal raksasa. Peristiwa penting(m/s 48)-Indera Nata mengajak anak-anak raja menggolekkan batu yang ada diatas gunung kebawah supaya raksasa yang tidur terus terjaga dan keluar dari gunung.

14. Indera Nata bertemu dengan raksasa.Raksasa terlalu suka kerana menyangkakan akan dapat menewaskan Indera Nata. Selepas itu, berlaku pertarungan antara Indera Nata dan raksasa. Raksasa terlalu marah kepada Indera Nata lalu menangkap dan memamahnya tetapi gigi raksasa merasa ngilu sebaliknya Indera Nata tidak tercedera sedikitnya.Raksasa mengeluarkan Indera Nata daripada mulutnya lalu menghempaskannya kepada batu gunung, batu pecah berhamburan, tubuh Indera Nata juga dibaling ke gunung, gunung pula pecah.Indera Nata pengsan dan anak-anak raja semuanya menangis.Apabila Indera Nata tersedar semula beliau menampar pipi raksasa, rakasasa pengsan lalu dirantai oleh Indera Nata.Raksasa berusaha melepasakan diri daripada rantai lalu diberi peringatan oleh inderata Nata bahawa Allah S.W.T lebih memuliakan manusia daripada jin dan Syaitan(m/s 51).

15. Indera Nata membawa balik raksasa ke istana Rom dan Raksasa mati dibunuh(m/s 53).

16. Indera Nata mahu menyerahkan semula isteri-isterinya kepada ayahanda mereka masing-masing tetapi puteri dan ayahanda keberatan meninggalkan suaminya. Semua raja membatalkan niat untuk membawa balik puteri-puteri mereka dan memberi nasihat kepada anak-anak puteri sebelum balik ke negeri masing-masing.

17. Cerita Tamat.

Rabu, 4 Mei 2011

SINOPSI NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK BAB 13 - 36

Bab 13




Sebulan selepas itu, pada suatu petang Jalil berbasikal ke Pekan Jenun. Dalam perjalanannya dia terserempak dengan Biah. Kenangan peristiwa pahit yang lalu kembali dalam ingatannya. Biah telah diseret kembali oleh bapa saudaranya setelah ditemui berada di rumah setinggan yang ditumpangi oleh Muhsin. Mujur pada ketika Muhsin tiada di rumah. Sejak itu Biah berkurung di rumah. Biah menyatakan bahawa abang Muhsin tidak bersalah dalam hal itu. Biah menerangkan bahawa dia yang melarikan diri kerana telah menjadi mangsa keadaan. Jalil tidak mahu masuk campur dalam hal itu. Biah memberitahu Jalil bahawa ketika dia meninggalkan rumah dia dalam keadaan hamil. Jamil terkejut dengan pengakuan Biah. Jalil menyangka itu adalah perbuatan abangnya dan memarahi Biah atas apa yang berlaku. Biah menerangkan bahawa Muhsin tidak bersalah dan bukan kerana Muhsin dia hamil. Jalil ingin tahu siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Jalil sedia maklum bahawa Biah bukanlah gadis liar malah dialah yang berkerja menanggung keluarganya. Bapanya asyik di meja mahjung dan sering marah-marah kerana kalah apabila balik ke rumah. Biah dan ibunyalah yang menjadi mangsa. Adiknya Kudin sama seprti ayahnya.

Pengakuan Biah benar-benar mengganggu fikiran Jalil. Pelbagai persoalan terbit di kepalanya mengapa semua itu berlaku. Apakah sebenarnya yang nak dinyatakan oleh Biah. Dia benar-benar ingin tahu siapakah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tujuannya hendak membeli barang di Bukit Jenun tidak tercapai dengan persoalan yang menghantui dirinya. Ketika melintasi rumah Pak Ngah Kadir , Jalil terdengar jeritan Biah. Jalil tidak berani nak memalingkan muka dan terus mengayuh balik ke dangaunya. Di sana dia mengintai. Kedengaran Pak Ngah Kadir memaksa Biah untuk berkahwin namun Biah tidak mahu. Berlakulah pergaduhan antara mereka. Biah rela dibunuh daripada berkahwin. Jalil tidak mampu untuk membantu Biah.



Bab 14



Suasana kampung kembali tenang. Namun Jalil mula rasa terancam apabila Kudin mengancamnya. Jalil percaya orang yang membuang kaca ke tapak semaiannya adalah Kudin. Jalil juga percaya pemuda yang memukulnya dulu adalah angkara Kudin kerana mereka adalah kawan-kawan Kudin. Tapi Jalil tidak pernah gentar dengan keadaan itu. Jalil akan melawan sekiranya perlu.

Pada suatu petang Jalil ke Bukit Jenun untuk mencari barang keperluan di Kedai Ah Bee. Sekembalinya dari kedai Ah Bee dia telah ditahan oleh Rosman, anak buah Pak Ngah kadir. Rosman telah mengambil botol minyak tanahnya dan memecahkan botol tersebut. Perbuatannya itu dismbut dengan ketawa oleh kawan-kawannya. Rosman mengapi-apikannya Jalil untuk bergaduh. Dengan perasaan yang amat marah Jalil telah menyerang mereka dan Rosman dan kawan-kawannya cabut lari. Malam itu Jalil terpaksa bergelap dan tidak dapat mengulangkaji pelajarannya. Dia menghidupkan unggun api dan makan di tepi unggun api tersebut. Jalil merasa sedih dan marah bila mengenangkan Kudin tidak habis-habis berdendam dengannya sedangkan dulu mereka bersahabat baik.

Malam itu Jalil terdengar bunyi seperti orang datang ke dangaunya. Rupa-rupanya Latifah. Jalil amat bimbang dengan kedatangan Latifah. Bimbang akan diketahui oleh bapanya. Latifah mengatakan bahawa bapanya tiada di rumah. Latifah juga memaklumkan bahwa dia mendengar Jalil bergaduh . Latifah amat bersimpati dengan Jalil dan kembali ke rumahnya untuk mengambil minyak tanah. Latifah bergegas pulang apabila terdengar suara bapanya yang sudah balik. Malangnya Pak Lang Ali sudah sampai dulu dan menyedari ketiadaannya. Pak Lang Ali menyuarakan bahawa dia ada mendengar banyak orang berkata tentang Latifah sering berjumpa dengan Jalil. Latifah menjelaskan bahawa dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Jalil. Penjelasan Latifah telah menimbulkan kemarahan bapanya. Pak Lang Ali juga merungut tentang Jalil yang nak jadi samseng bergaduh dengan sepupu Kudin. Latifah mempertahankan Jalil dan memberitahu kedudukan sebenar kepada bapanya. Penjelasan Latifah telah menimbulkan sedikit rasa simpati bapanya tetapi bapanya tetap member amaran supaya Latifah tidak berjumpa lagi dengan Jalil. Malam itu Latifah sukar melelapkan matanya. Walaupun usianya baru menjangkau 15 tahun, dia sendiri tidak tahu mengapa dia merasakan suatu perasaan yang indah ketika bertemu Jalil. Kakaknya menuduh dia sudah tergila-gilakan Jalil.



Bab 15

Orang kampung sibuk membuat persiapan perkahwinan Biah. Jalil hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Kemeriahan untuk sama-sama bergotong royong tidak dapat dirasakan oleh Jalil. Dia tersisih daripada budaya hidup bermasyarakat. Rumah Pak Ngah Kadir meriah dengan kedatangan sanak saudara. Masing-masing sebok membantu membuat persiapan perkahwinan. Pada hari kenduri orang kampung datang awal ke rumah Pak Ngah Kadir. Ustaz Haji Megat akan menyembelih lembu. Keadaan ini mengingatkan kembali Jalil kepada arwah bapanya. Biasanya dalam suasana begini bapanya akan masak nasi minyak kerana bapanya pakar dalam bidang itu.

Jalil hanya mendiamkan diri dlam dangaunya semasa perkahwinan Biah. Latifah telah menghantarkan sepinggan nasi kenduri kepada jalil. Pada mulanya Jalil enggan menerima kerana dia tidak boleh makan kerana dia tidak dijemput. Latifah memaklumkan bahawa nasi itu dikirim oleh Biah. Biah telah mengirimkan sekeping kertas kepada Jalil. Dalam kertas itu, Biah telah memaklumkan bahawa dia telah menjadi mangsa sumbang mahram dan Muhsin tidak bersalah. Persoalan tentang kedudukan abangnya telah terjawab. Namun ada persoalan lain menghantui fikiran Jalil. Siapakah orang yang melakukan perbuatan tersebut samada Pak Ngah kadir atau Kudin. Jalil berdoa agar diberi petunjuk.

Bab 16



Jalil tidak faham mengapa kawan-kawannya menjauhkan diri daripadanya. Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias, Shafie dan Mat Tohid juga telah menjauhkan diri darinya. Ketika sedang Jalil teringatkan kawan-kawannya itu, muncul Mat Tohid di dangaunya. Mat Tohid mohon maaf daripada jalil kerana lama tidak mengunjunginya kerana sakit. Mat Tohid merupakan rakan yang paling rapat dengan jalil. Mat Tohid terkena sawan akibat terjatuh daripada pokok kelapa. Hanya Jalil dan Mat Tohid sahaja yang tahu mengenainya. Ngah Ibrahim dan Mak Ngah Jah, ibu bapa Mat Tohid menganggap Mat Tohid ditegur atau dirasuk makhluk halus. Begitulah kepercayaan orang kampung.

Mat Tohid mengajak Jalil pergi memancing tetapi Jalil tidak dapat memenuhi permintaan kawannya kerana terlalu banyak kerja yang harus dilakukannya. Mat Tohid agak kecewa tetapi terpaksa akur dengan keadaan kawannya itu.

Selepas Maghrib, Jalil terdengar ketukan kentung di surau yang memberi makluman ada kematian berlaku. Jalil tertanya-tanya siapakah yang meninggal dunia. Dalam keadaan yang terpaksa Jalil gagahkan dirinya pergi kesurau. Apabila tiba di sana, Ustaz Haji Megat mengumumkan anak Ngah Brahim. Mat Tohid ditemui mati di sungai. Jalil amat terkejut mendengar berita tersebut. Jalil merasa menyesal tidak dapat memenuhi permintaan Mat Tohid pergi memancing bersamanya. Namun dia pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Urusan jenazah Mat Tohid disempurnakan oleh Ustaz Haji Megat. Jalil gagahkan diri untuk hadir di majlis pengkembumian itu untuk melihat wajah rakannya buat kali terakhir walaupun dia tahu orang kampung tidak dapat menerima kehadirannya. Jalil amat sedih kerana telah kehilangan sorang kawan yang rapat dengannya.



Bab 17

Sikap terburu-buru ibunya menyebabkan mereka banyak kehilangan harta benda. Antaranya sebahagian tanah darat di sebelah rumah mereka tergadai, tanah yang bersempadan dengan dengan tanah Pak Ngah Kadir juga terjual atas desakan Mak The untuk memenuhi permintaan Mohsin hendak membeli motor, Mak The juga bertindak terburu-buru merobohkan rumah mereka dan akhir sekali sikap terburu-buru itu juga berlaku dalam hal penjualan tanah pusaka mereka.

Jalil mengunjungi ibunya untuk mendapat kepastian tentang harga penjualan tanah pusaka itu. Ibunya memaklumkan bahawa dia membelanjakan dua ribu membina rumah di atas tanah menantu Pak Long Ayob dan bakinya dibuat wang hantaran meminang anak dara Yan untuk abangnya Muhsin. Jalil tertanya-tanya berapa nilai hantaran yang diberi kerana setahu dia kawasan itu terkenal dengan hantaran yang tinggi. Jalil terkejut apabila ibunya memberitahunya hantaran yang dihantar adalah sebanyak tiga ribu ringgit. Ini bermakna wang simpanan ibunya sudah habis dan bagaimanakah urusan kendurinya. Jalil tidak mahu bertanya dengan panjang lebar lagi kerana dia tahu ibunya pasti tidak menyenangainya lalu mendiamkan saja rasa hatinya.

Jalil kembali ke Bukit Nibung. Jiwa Jalil terganggu dengan tindakan ibunya. Selang beberapa minggu Jalil didatangi Aziz, anak Pak Long Ayob menyatakan ibunya meminta dia bersegera ke Banggol Lalang kerana ada perkara penting. Jalil terus bergegas ke tempat ibunya untuk mengetahui apa yang dikehendaki ibunya. Sesampainya di sana ibunya menyatakan hasratnya untuk ke Kuala Lumpur. Jalil terkejut kerana ibunya tidak pernah hendak ke sana. Ibunya memberitahu bahawa abangnya menyuruh datang kerana nak kawin kerana kena tangkap basah. Jalil terpaksa meminjam duit untuk membeli tiket bas untuk ibunya daripada Pak Long Ayob. Setelah ibunya bertolak ke Kuala Lumpur, Jalil kembali ke Bukit Nibong. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, fikiran Jalil menerawang memikirkan nasib dirinya mengapa dia tidak disayangi ibunya . Jalil juga terkenangkan abangnya Muhsin yang banyak mendatangkan masalah dalam keluarganya. Akhirnya dalam kegelapan malam itu Jalil sampai di dangaunya. Walaupun Mak The selalu membuat kerenah namun sebagai anak, Jalil tetap menghormati ibunya dan semangatnya tidak pernah padam untuk meneruskan amanat ayahnya.



Bab 18

Latifah mengagumi sikap dan perwatakan Jalil. Baginya Jalil seorang anak muda yang kuat semangat dan mempunyai keazaman yang patut dicontohi oleh anak muda lain. Jalil seorang yang tegas dalam kelembutannya. Namun segala apa yang dirasainya hanya dia sahaja yang tahu. Segalanya dirahsiakan agar orang tidak salah anggap kepadanya terutama kakaknya yang mula menyedari bahawa dia suka kepada Jalil. Kakaknya selalu menyindirnya dalam gurauan. Ibunya tidak menghalang Latifah daripada berkawan dengan Jalil. Bagi Mak Tiah, Jalil seorang anak muda yang begitu tabah menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun dia tidak dapat membantu, tetapi Mak Tiah rasa seronok apabila Latifah dapat membantu mengikut kemampunannya.

Latifah hanya mengambil sikap berdiam diri apabila dia sering dicemuh dan disindir oleh kakak-kakaknya. Pada suatu pagi Latifah telah terlambat untuk ke sekolah sedangkan pada hari itu merupakan ujian bulanan. Bas sekolah yang dinaikinya telah berlalu. Bas biasa pula tiba lewat. Pada masa yang sama Latifah ternampak Jalil mengayuh basikal lalu nak menumpangnya. Jalil serba salah. Latifah terus mendesaknya kerana takut tidak dapat menduduki ujian. Pelbagai persoalan berlaku di benak Jalil sekiranya dia menumpangkan latifah naik basikalnya. Setelah berfikir beberapa lama, akhirnya Jalil menumpangkan latifah. Dalam pada itu Jalil sentiasa bimbang kalau-kalau ada orang yang nampak dia bersama Latifah menaiki basikal. Sepanjang mereka berbasikal, mereka menikmati keindahan alam panorama dengan sawah padi yang terbentang dan berlatarkan gunung.

Jalil menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku dlm hidupnya. Latifah cuba memberi semangat kepada Jalil untuk terus tinggal di situ. Dalam diam latifah mula merasakan bahawa hatinya telah terpaut dengan Jalil. Latifah tidak mahu Jalil keluar dari kampung itu.

Tidak lama mereka pun sampai di sekolah. Jalil menurunkan Latifah jauh sedikit daripada pandangan orang kerana malu dengan basikal buruknya itu. Latifah mengucapakan terima kasih kepada Jalil kerana menumpangkannya kerana jika tidak dia takkan ke sekolah hari ini. Jalil dapat merasakan ada satu perasaan terhadap latifah tetapi dipendamkan kerana dia menyedari bahawa dirinya dengan Latifah terlalu jauh dan dia terus dengan semangat juangnya untuk menebus kembali tanah aruah bapanya itu.



Bab 19

Petang itu Jalil tidak ke sawah. Jalil berperang dengan dirinya sendiri. Di sekolah guru telah mengumumkan tentang pelajar yang tidak membayar yuran untuk berbuat demikian. Yuran yang berjumlah RM 150 terlalu besar bagi Jalil kerana dia tidak mampu untuk membayarnya. Wangnya yang telah terkumpul sebanyak RM 80 telah digunakan oleh Mak Teh untuk membayar bomoh. Jalil merasakan sudah tidak ada jalan untuk dia mendapatkan wang bagi membayar yuran tersebut. Jalil terfikir sekiranya yuran itu tidak dapat dibayar nescaya dia akan berhenti sekolah dan terpaksa mengerjakan kebun bagi meneruskan kehidupan. Dalam dia sedang berfikir apa yang akan terjadi, tiba-tiba Latifah muncul. Jalil merasa kurang senang dengan kedatangan Latifah. Latifah menyatakan bahawa dia tahu Jalil sedang rungsing tentang masalah yuran yang masih belum dibayar. Jalil cuba menyembunyikan masalahnya dengan menyatakan bahawa dia akan bayar yuran tersebut pada minggu hadapan. Setelah dipersoalkan oleh Latifah dimanakah punca Jalil untuk mendapatkan wang, Jalil telah terperangkap dan menyatakan bahawa dia sedang memikirkan bagaimana untuk mencari wang tersebut. Latifah yang memang sudah mengetahui tentang masalah itu telah member Jalil sampul surat yang berisi wang untuk membayar yuran tersebut. Jalil terkejut dengan pemberian itu dan menyatakan bahawa dia tidak mahu meminjam duit Latifah. Latifah memberitahu duit itu adalah pemberian bapanya kerana rasa bersalah terhadap Jalil selama ini. Jalil mendapat tahu bahawa Latifah telah mendesak bapanya untuk memberikan wang tersebut. Oleh sebab sayangkan Latifah dan sudah merasa insaf Pak Lang ali memenuhi kehendak Latifah untuk membantu Jalil .

Pengorbanan Latifah terlalu besar bagi Jalil. Jalil amat menghargai pengorbanan Latifah. Dia telah membantu Latifah dalam pelajaran sebagai cara untuk membalas budi.





Bab 20

Kehilangan rumah usang peninggalan bapanya membuatkn Jalil terus gigih meneruskan kehidupan seorang diri. Mak Teh telah berpatah arang berkerat rotan untuk menjejakkan kaki ke situ kerana malu. Jalil terpaksa hidup seorang diri. Pak Lang Ali mula baik dengannya dan tidak menghalang Latifah untuk bertemu dengannya. Pak Lang Ali sering menasihatkan Latifah supaya menjaga diri. Latifah akur dengan orang tuanya. Dia hanya bersimpati dengan Jalil dan menolong Jalil dengan ikhlas.

Mak Teh bina rumah baru di tanah menantu Pak Long Ayob. Mak Teh memujuk Jalil untuk tinggal di tempat baru tetapi Jalil enggan kerana rasa cinta terhadap kampung pusakanya. Mak Teh bekerja di kebun sayur milik seorang pekebun Cina.

Jalil telah selamat menduduki peperiksaan SPM. Selepas selesai SPM Jalil bertekad untuk ke Kuala Lumpur untuk memulakan penghidupan baru. Pada suatu petang, Jalil berkemas untuk ke Kuala Lumpur. Jalil bercadang untuk menjual Awang kepada Ah Bee tauke cina yang sangat baik dengan aruah bapanya. Jalil memberitahu Ah Bee dia akan ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Jalil menyatakan bahawa dia ingin memajakkan sawah itu kepad Ah Bee. Ah Bee bersetuju untuk menerima pajakan tersebut tetapi tidak mahu membeli Awang. Jalil pun berjalan pulang membawa Awang balik. Sampai sahaja dipondoknya dilihat Latifah ada disitu. Latifah ingin berjumpa dengannya untuk mendapatkan kertas peperiksaan Jalil untuk dijadikan panduan oleh kakaknya yang bakal menduduki SPM. Jalil memberikan kertas peperiksaan tersebut sambil memberitahu kepada Latifah bahawa dia akan meninggalkan kampung itu. Latifah terkejut dengan berita itu lalu bertanyakan perihal sawah dan kerbaunya. Jalil menyatakan sawah telah dipajak dan kerbaunya masih belum dapat dipastikan. Latifah menawarkan diri untuk menjaga kerbaunya tetapi Jalil enggan dan ingin menyerahkan kerbaunya kepada Pak Samad. Kedua-duanya berasa sedih dengan perpisahan itu.



Bab 21

Jalil ke Tanjung Setul untuk berjumpa dengan Pak Samad. Dalam perjalanannya ke sana dia telah melewati kawasan perkuburan tempat aruah bapanya disemadikan. Dia telah membeli batu nesan untuk dibuat sebagai tanda kepada pusara ayahnya. Setelah itu Jalil terus berjumpa Pak Samad dan menyerahkan Awang kepadanya. Pada petang itu Jalil menunggu bas untuk ke Guar Cempedak untuk memberitahu ibunya tentang keputusannya ke Kuala Lumpur. Ibunya berpesan supaya Jalil mencari abgnya Muhsin di sana.

Sebelum Jalil pergi meninggalkan kampung halamannya, dia telah membakar pondok buruknya . Perbuatannya itu telah dilihat oleh Latifah dan bapanya dan terkejut dengan perbuatan Jalil itu. Jalil menyatakan dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat pondok yang akan ditinggalkannya lalu dibakarnya pondok tersebut. Setelah bersalaman dengan Pak Lang Ali, Jalil meneruskan perjalanan meninggalkan kampung halamannya dengan tangisan Latifah sekeluarga.

Bab 22

Jalil tiba di Kuala Lumpur tetapi dia tidak punya arah tuju kemana harus dia pergi lalu menyusuri deretan bangunan di situ. Jalil kepenatan lalu berhenti di kaki lima Pasar Budaya. Setelah bersarapan, Jalil meneruskan perjalanan dengan melawat gerai dalam pasar seni dan singgah di gerai seorang pelukis . Jalil terpegun melihat hasil seni di gerai itu dan terkenangkan dirinya yang mempunyai bakat seni tetapi tidak dapat dikembangkan. Semasa Jalil asyik mengingatkan masa silamnya, dia disapa oleh pemilik gerai tersebut. Jalil menyatakan hasratnya ke Kuala Lumpur adalah untuk mencari pekerjaan.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis yang datang ke gerai itu dan meminta dia melukis potretnya. Jalil tergamam dan meminta gadis itu duduk dan ingin memaklumkan kepada pemilik gerai itu. Pemilik gerai yang sedang sebok itu menyerahkan kepada Jalil untuk melukis potret gadis tersebut. Berbekalkan bakat yang ada padanya Jalil terus melakar potret gadis tersebut. Pemilik gerai terpegun dengan bakat yang ditunjukkan oleh Jalil. Pemilik gerai telah memperkenalkan dirinya sebagai Joe dan mempelawa Jalil untuk tinggal dan bekerja dengannya. Jalil sangat gembira dan terus tekun belajar dengan Joe dan akhirnya Jalil berjaya menguasai kemahiran melukis dengan baik sehingga dia terlupa keputusan SPM telah keluar.

Joe menasihati Jalil untuk balik melihat keputusan peperiksaannya. Jalil menyatakan bahawa dia tidak akan balik ke kampung selagi dia tidak mampu menebus kembali tanah pusaka aruah bapanya.

Keesokkan harinya Jalil telahmenyuarakan satu cadangan kepada Joe untuk mengembangkan perniagaan daripada pelukis jalanan kepada pembekal lukisan ke hotel-hotel. Pada mulanya Joe rasa sangsi dengan cadangan Jalil samada bolehkah mereka melakukannya. Jalil telah memberi keyakinan kepada Joe untuk mencuba.

Jalil telah menelefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan SPMnya. Alhamdulillah Jalil telah mendapat keputusan yang cemerlang. Joe menasihatinya untuk meneruskan pelajarannya. Jalil keberatan kerana dia sudah mempunyai pekerjaan. Joe memberi kata-kata perangsang kepadanya untuk meneruskan pelajaran disamping terus bekerja dengannya. Akhirnya dia mengikut nasihat Joe untuk terus belajar sambil bekerja.



Bab 23

Kertas kerja tentang cadangannya untuk membekalkan lukisan ke hotel-hotel telah dapat dihasilkan. Mereka mula bergerak ke hotel-hotel untuk mendapat maklum balas daripada usaha yang dilakukan. Jawapan yang diterima ada yang positif dan ada yang negatif. Perjanjian telah dibuat dengan teliti. Jalil teringat akan perjanjiannya tentang tanah pusaka tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis hanya perjanjian lisan. Jalil masih percaya sekiranya orang kampung masih berpegang teguh kepada janji.

Akhirnya Joe telah mendapat tawaran untuk membekalkan lukisan di beberapa buah hotel di ibu kota. Joe kagum dengan Jalil dan mula bimbang sekiranya Jalil meneruskan pelajarannya, dia akan kehilangan rakan yang banyak membantunya dalam meningkatkan taraf perniagaannya.

Akhirnya Jalil menyuarakan kepada Joe bahawa dia nak meneruskan pelajarannya tetapi dia akan terus bekerja dengan Joe. Joe bersetuju dan menyuruhnya balik ke kampung untuk menguruskan segala keperluannya disamping dapat berjumpa dengan ibunya di sana. Jalil terus pulang ke kampung dan menyelesaikan segala urusannya di sana dan kembali ke Kuala Lumpur tanpa menjejakkan kaki ke Bukit Nibung. Jalil sempat berjumpa dengan ibunya dan ibunya memberi alamat abangnya Muhsin dan menyuruh Jalil mencari abangnya di sana. Jalil tidak memberi sebarang pengakuan kerana hatinya terlalu luka dengan perbuatan abangnya itu.



Bab 24

Jalil telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM10 ribu hasil daripada tabungannya setelah bekerja dengan Joe. Hasratnya ini telah dapat dicapainya untuk menebus kembali tanah arwah bapanya. Jalil pulang ke kampung bersama Joe. Jalil menunjukkan bekas tapak rumahnya yang telah menjadi semak kepada Joe. Jalil meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Pak Lang Ali. Malangnya pada ketika itu Pak Lang Ali tiada di rumah dan Jalil menyusur ke bendang untuk bertemu dengannya. Apabila berjumpa Pak Lang Ali, Jalil terus menyuarakan hajatnya datang ke kampung. Pak Lang Ali menjadi serba salah dan tidak menyangka Jalil akan menuntut semula tanah itu. Pak Lang Ali meminta Jalil berjumpa terus dengan Pak Amat untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana Pak Lang Ali merasakan bahawa niat Jalil itu akan sia-sia.

Jalil meneruskan perjalanannya ke rumah Pak Amat. Apabila berjumpa dengan Pak Amat , Jalil terus menyuarakan hajatnya datang ke situ. Pak Amat mempertikaikan akan kebenaran kata-kata Jalil yang dia pernah berjanji untuk memulangkan tanah itu sekiranya Jalil mampu membayar sebanyak RM10 ribu. Jalil tersentak dan menyatakan bahawa memang Pak Amat telah berjanji dengannya demikian. Ternyata Pak Amat telah mungkir janji dengan menyatakan bahawa tidak mungkin dia akan memulangkan tanah itu dengan harga sedemikian kerana harga tanah telah naik. Jalil merasakan dirinya telah teraniaya. Pak Amat terus member keterangan kepada Jalil tentang potensi tanah itu kerana kemudahan yang telah ada disekelilingnya menyebabkan tanah itu sudah tinggi nilainya. Tambahan pula tanah itu telah mempunyai geran. Joe hanya mendiamkan diri dan tidak mahu masuk campur dalam hal itu. Jalil terus merayu untuk mendapatkan semula tanahnya itu. Pak Amat akhirnya memberi kata putus bahawa dia boleh kembalikan tanah itu dengan syarat Jalil mampu untuk membayar RM50 ribu kepadanya. Jalil tergamam dan tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Hati Jalil remuk dan tidak menyangka Pak Amat sanggup berbuat demikian kerana sikap tamak itu. Jalil tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada sebarang dokumen perjanjian yang ditandatangani. Jalil pasrah dan kembali ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Hatinya hancur. Jalil dibelenggu dengan perasaan kecewa kerana tidak dapat menebus kembali tanah itu. Namun Jalil tetap mahu menunaikan janjinya itu. Joe membiarkan sahaja Jalil dan tidak mahu mengganggu Jalil kerana dia faham benar perasaan Jalil dan dia pasti Jalil mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan bijak.



Bab 25

Jalil tidak mudah kecewa dan tidak pernah mahu membiarkan perasaan kecewa it uterus membelenggu dirinya. Dia bangkit semula dengan satu semangat baru untuk menebus kembali kekecewaannya itu. Jalil terlalu berbeza dengan adik beradiknya yang lain yang hanya separuh jalan dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi abangnya Muhsin yang banyak menimbulkan masalah dalam keluarganya. Dalam kampungnya juga tidak ada seorang pun yang ke menara gading. Yang paling tinggipun setakat SPM sahaja.

Jalil merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Dia terus berfikir dan berfikir bagaimana nak menebus kembali tanah arwah bapanya yang telah diamanahkan oleh bapanya untuk mempertahankan tanah tersebut. Jalil terus mencari jalan bagaimana harus dilakukannya.

Seperti biasa Jalil akan pergi ke stesen LRT sekiranya dia menghadapi masalah. Di sana dia melihat pelbagai telatah manusia yang pelbagai ragam. Dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah Joe dia telah terserempak dengan seorang tua bermain muzik di tepi jalan. Jalil telah mendermakan RM 1 kepada orang tua itu. Jalil sempat bertanyakan kepada orang tua itu kenapa kakinya cedera. Orang tua itu merupakan seorang askar yang telah terkena jerangkap samar dan mendapat kecederaan tersebut. Setelah Jalil meninggalkan orang tua itu fikirannya terus berlegar tentang nasib malang askar tersebut. Dia teringat zaman persekolahannya yang mana sempena hari pahlawan, akan ada edaran derma hari pahlawan dibuat. Jalil terfikir, kemanakah wang itu disalurkan. Jalil menyuarakan persoalan kepada Joe tentang nasib orang tua itu. Dia teringat pula tentang gelagat pelajar sekolah yang berambut panjang yang ditemuinya di Stesen LRT. Jalil terfikir rambut itu seharusnya dipotong pendek seperti rekrut yang pernah dilakukan di Negara Thai. Tiba-tiba satu ilham telah menjelma dalam pemikiran jalil dan mengajak Joe berbincang tentang perkara tersebut. Jalil terfikir untuk membuat satu projek mengenainya.

Tanpa melengahkan masa Jalil terus membuat kertas kerja projek yang nak dilaksanakannya itu. Jalil berusaha dengan bersungguh-sungguh mengumpulkan segala maklumat daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut. Akhirnya Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara siap dibuat. Jalil meneruskan usahanya dengan membawa kertas cadangan itu kepada orang yang bertanggungjawab terhadap urusan bekas tentera untuk dipanjangkan ke peringkat kementerian. Joe mengingatkan Jalil agar kertas cadangan itu dilindungi daripada di ciplak dengan menghubungi peguam untuk menguruskannya. Akhirnya Jali dan Joe telah dijemput oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk membentangkan kertas cadangan tersebut. Cadangan bernas Jalil menjadi kenyataan apabila pihak Kementerian Pelajaran telah menerima cadangan tersebut dan pelaksanaannya dijalankan. Hasil daripada projek ini persatuan bekas tentera mendapat keuntungan yang lumayan. Keuntungan inilah yang bakal diguna untuk membela nasib bekas tentera.

Jalil dan Joe telah menubuhkan sebuah syarikat untuk mengendalikan hak cipta dan cadangan mereka. Joe dilantik menjadi Pengarah Urusan Syarikat Alam Hijau manakala Jalil sebagai Pengarah Urusan II. Syarikat Alam Hijau mendapat keuntungan lebih daripada dua juta hasil idea bernas Jalil setiap tahun.

Joe sangat bersyukur kerana telah diketemukan dengan Jalil seorang anak muda yang berwawasan.



Bab 26

Jalil meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia di peringkat Diploma Landskap Seni Taman. Bidang ini sangat diminati oleh Jalil. Setahun selepas itu , dia terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Prestasinya yang cemerlang menyebabkan Jalil ditawarkan biasiswa oleh pihak university. Jalil sangat bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah. Namun dia tetap terus tinggal bersama Joe dan meneruskan perniagaannya yang telah berkembang pesat. Permintaan hasil seninya semakin memberangsangkan. Projek Gunting Rambut Seluruh Negara terus mendapat reaksi yang positif dan setiap tahuan Syarikat Alam Hijau mendapat royalti seperti yang telah termaktub dalam perjanjian.

Dengan kemewahan yang diperoleh, Jalil tidak leka dan terus berusaha mengembangkan sayap dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Berkat kesungguhannya itu, Jalil telah terpilih untuk mengendalikan beberapa projek landskap di beberapa buah bangunan koporat dan terdapat beberapa syarikat yang mahu menempah Jalil sebagai perunding landskap dan seni taman setelah tamat pengajian nanti.

Jalil tidak mudah leka dan meneruskan pengajiannya. Joe pula bukan sahaja mendapat kontrak membekalkan lukisan di hotel-hotel, malah mula mendapat perhatian di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Joe sangat berterima kasih kepada Jalil. Jalil terus melangkah dan melangkah dan menggunakan segala peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.

Setelah tamat pengajian , Jalil memohon untuk mendapatkan lessen kontrak dalam bidang seni taman dan landskap. Setelah setahun memulakan operasi perniagaan landskap dan seni taman, Jalil diberi kepercayaan untuk mengendalikan urusan landskap sebuah Bandar bestari yang baru didirikan oleh kerajaan. Projek ini telah melonjak Jalil ke mercunya. Kewangan mereka semakin mantap. Namun Jalil amat berhati-hati agar dia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang boleh melibatkan diri dalam rasuah.

Jalil tidak jemu-jemu menimba ilmu. Setiap kursus pengurusan dan perniagaan yang dianjurkan dia dan Joe tidak ketinggalan untuk menyertainya. Semua ini member memberi mereka memperkuatkan daya saing dan daya tahan dalam perniagaan. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Syarikat Alam Hijau telah berkembang dengan pesat. Kedudukannya yang kukuh membolehkan beberapa anak syarikat ditubuhkan bagi mempelbagaikan perniagaan. Kini Jalil telah menjadi lembaga pengarah kepada beberapa buah syarikat yang bernaung di bawab payung Alam Hijau. Kebayakan nama anak syarikat dinamakan Nibung iaitu nama kampung kelahirannya. Jalil telah menubuhkan Nibung Construction untuk bergiat dalam bidang pembinaan. Nibung D├ęcor menguasai bidang hiasan dalaman pejabat-pejabat kerajaan dan swasta yang memberi khidmat nasihat dalam bidang hiasan dalam kepada jabatan kerajaan , swasta dan orang persendirian. Syarikat Pengangkutan Nibung pula menguasai sektorpengangkutan. Dalam usia muda Jalil telah berjaya menempa kejayaan demi kejayaan .

Jalil telah dianugerahkan “CEO of the Year” oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Walaupun demikian Jalil tetap merendah diri dan menyatakan kejayaan ini adalah kejayaannya bersama Abang Joe.

Walaupun telah meraih kejayaan yang hebat , Jalil merasakan itu hanya permulaan kerana baginya misinya yang paling utama masih belum dapat dicapai iaitu menyempurnakan wasiat arwah bapanya untuk mempertahankan tanah pusaka yang telah menjadi milik orang lain. Namun Jalil tidak putus asa dan tetap bertekad untuk melaksanakan janjinya dengan arwah bapanya.



Bab 27

Syarikat Alam Hijau telah mengadakan satu sesi temuduga untuk mencari calon pegawai akaun bagi syarikat tersebut. Bagi memastikan calon yang terbaik untuk dipilih, pengarah urusan sendiri mengambil inisiatif untuk menemuduga calon yang datang. Jalil sendiri mengambil peranan tersebut kerana untuk memilih seorang pengurus akaun memerlukan ketelitian agar segala urusan kewangan syarikat berjalan dengan lancar.

Semasa Jalil membelek borang setiap calon, tiba-tiba dia terkedu kerana salah seorang calon tersebut adalah Latifah. Apabila Latifah masuk untuk ditemuduga , kedua-duanya saling terkejut dan Latifah segera keluar apabila mendapati bahawa pengarah urusan yang menemuduganya adalah Jalil orang kampungnya. Latifah merasa malu. Latifah ingin menarik diri daripada temuduga tersebut dan Jalil terus mengambil Latifah untuk jawatan yang ditawarkan. Latifah tergamam dengan pelawaan itu samada nak menerima atau tidak. Jalil cuba mengembalikan nostalagia ketika mereka di kampung dahulu. Latifah tidak menyangka Jalil sudah berjaya dan pondok buruh itu telah bertukar menjadi Wisma Seri Nibung yang tersergam. Jalil masih mengharapkan agar Latifah menerima pelawaannya itu. Jalil sangat gembira apabila Latifah menerima jawatan yang ditawarkan itu.



Bab 28

Pertemuan dengan Latifah telah membawa sinar baru dalam hidup Jalil. Dia teringat kembali zaman persekolahannya. Kesibukannya telah menyebabkan sudah terlalu lama dia tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba hatinya digamit untuk pulang ke kampung halamannya. Kehadiran Latifah memberikan pelbagai persoalan dalam benaknya. Tiba-tiba dia terfikir tentang Latifah samada masih bujang atau sebaliknya. Jalil telah menceritakan segala perihal Latifah kepada Joe. Joe memberi dorongan kepada Jalil untuk mengahwini Latifah. Namun Jalil masih ada misi yang perlu dicapai sebelum itu. Bagi Jalil sekiranya jodohnya dengan Latifah, nescaya Latifah akan jadi miliknya.



Bab 29

Pertemuannya dengan Latifah tempoh hari merupakan ketentuan Ilahi. Jalil tidak pernah termimpi akan bertemu dengan latifah setelah dia meninggalkan kampung halamannya dulu. Kehadiran Latifah kali ini mendorong Jalil untuk memikirkan soal untuk berumah tanggai. Selama ini dia terlau sebok sehingga terlupa akan persoalan tersebut. Pada waktu pertama kalinya Jalil membawa Latifah berjalan di Pantai Morib, Jalil sempat bertanya Latifah tentang kampungnya selama dia meninggalkan kampung halamannya itu. Latifah menyatakan bahawa terlalu banyak perkaradan peristiwa yang berlaku sepanjang pemergian Jalil dari kampung itu. Antaranya Biah diceraikan oleh suaminya setelah dia melahirkan anak kerana suaminya menyatakan bahawa anak yang dikandung oleh Biah bukanlah anaknya kerana semasa dia berkahwin dengan Biah, gadis itu sudah hamil. Pak Ngah Kadir mengamuk dan menuduh suami Biah tidak bertanggungjawab. Pak Ngah Kadir telah menuduh Muhsin yang bertanggungjawab menodai Biah. Perkara yang paling tidak disangka-sangka ialah apabila Pak Ngah Kadir ditangkap polis kerana perbuatan sumbang mahram dengan anaknya sendiri telah menyebabkan isterinya mengalami tekanan mental yang serius dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Biah pula membawa diri entah kemana. Apabila Jalil mendengar cerita tersebut , Jalil telah terkenangkan abangnya yang tidak bersalah dalam perkara ini.

Biah juga menceritakan tentang kampungnya tidak semeriah dulu. Ramai anak muda berhijrah ke kota dan banyak keluarga telah berpindah. Kehadiran Latifah telah memberi semangat baru dalam hidup Jalil.



Bab 30

Syarikat Alam Hijau semakin berkembang maju. Syarikat ini juga telah melebarkan sayapnya ke luar Negara. Jalil telah memiliki segalanya namun dia ada satu misi besar yang semakin hampir untuk dicapainya.

Satu mesyuarat lembaga pengarah telah diadakan untuk membincangkan satu projek besar yang menelan belanja sebanyak RM 50 juta. Jalil bertawakkal dalam menjelaskan projek tersebut. Jalil telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Taman Tema Lembah Nibung. Jalil telah meminta pendapat semua ahli mesyuarat tentang kertas kerja tersebut. Beberapa persoalan telah dijawab dan persoalan yang diajukan oleh Latifah merupakan satu persoalan besar iaitu dimanakah penduduk itu akan tinggal sekiranya Jalil ingin membeli semua tanah di situ. Jalil telah memberikan cadangan bahawa satu kawasan penempatan akan diwujudkan bagi menempatkan penduduk di situ. Jalil telah memilih Mr Jostein Mork dari Norway dalam pembinaan taman tema ini kerana dia yakin beliau mempunyai pengalaman yang luas dan mampu untuk melaksanakan projek ini. Setelah perbincangan dibuat, mesyuarat telah meluluskan kertas kerja tersebut.

Joe amat mengerti segala tindakan yang Jalil lakukan. Dia tidak pernah kalah dengan kekecewaannya. Dia tetap akan mencapai apa yang dihajatinya. Latifah kurang bersetuju dengan tindakan Jalil dan telah bersemuka dengan Jalil untuk mengetahui apa sebenarnya tujuan Jalil berbuat demikian. Jalil menerangkan secara terperinci tentang projek yang bakal dilaksanakannya itu dan bukan seperti yang difikirkan oleh Latifah untuk membalas dendam. Latifah bimbang sekiranya usaha Jalil ini tidak kesampaian dan mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Jalil telah memberi keyakinan tentang apa yang bakal dilakukannya. Latifah merasa kagum dengan kesungguhan dan kredebiliti yang ditunjukkan oleh Jalil.



Bab 31

Setelah penduduk kampung berkumpul, Joe telah memainkan peranannya sebagai wakil Jalil untuk member taklimat tentang projek yang bakal dilaksanakan di kampung tersebut. Semasa Joe member penerangan, ternyata Kudin anak Pak Kadir telah menentang cadangan tersebut dan cuba merosakkan majlis. Namun orang kampung tidak bersetuju dengan tindakan Kudin dan meminta penerangan diteruskan. Kudin terpaksa akur kepada keadaan dan member I laluan kepada Joe untuk meneruskan penerangannya. Beberapa persoalan yang dikemukakan telah dapat dijawab oleh Joe dengan baik. Joe telah member jaminan bahawa projek tersebut akan memberi manfaat buat orang kampung kerana orang yang mengendalikan projek ini adalah anak jati kampung itu sendiri. Orang kampung tertanya-tanya siapakah anak jati tersebut kerana mereka tahu bahawa tidak ada anak muda yang berjaya dari kampung ini selain anak Lebai Harun yang bekerja sebagai inspector polis. Joe masih menyembunyikan identity anak kampung itu walaupun ditanya berkali-kali oleh Kudin.

Pertemuan kali kedua ialah menandatangani surat perjanjian yang menyatakan tentang persetujuan penduduk kampung atas pelaksaan projek tersebut. Setelah semua menandatangani surat tersebut, barulah Jalil menampilkan diri seperti yang dirancang. Penduduk kampung terkejut dengan kehadiran Jalil yang berpakaian seluar koyak dan baju lusuh turun daripada kereta Mercedes Benz C230K. Jalil terus mendapatkan mereka dan memeluk mereka. Kudin amat terkejut dan menerpa kea rah Jalil tetapi beberapa orang pengawal berjaya menghalangnya. Apabila Kudin mendapat tahu bahawa Jalil orang yang bakal membangunkan kampung ini, dia telah menengking Jalil dengan menyatakan dia tidak akan membenarkan tanahnya diambil. Jalil memberi penjelasan akan tindkannya itu semata-mata untuk menebus kembali tanah arwah bapanya dan selebihnya adalah untuk memajukan kawasan tersebut. Jalil juga redha jika Kudin tidak mahu turut serta dan akan membiarkan tanahnya dikelilingi dengan projek tersebut. Penduduk kampung telah menasihati Kudin. Akhirnya Kudin mengalah dan insaf serta memohon maaf daripada Jalil atas segala perbuatan buruknya terhadap Jalil selama ini.



Bab 32

Semua perancangan berjalan dengan lancar. Pada suatu hari Jalil menyuarakan hasratnya kepada Joe untuk pulang ke kampung. Joe menyindirnya dan Jalil sedar akan kesilapannya tidak menziarahi ibunya. Namun Jalil tidak pernah lupa mengirim wang buat ibunya pada setiap bulan. Keesokan harinya Jalil memandu sendiri ke kampungnya. Apabila dia tiba dikampungnya dilihatnya suasana dikampung itu sudah tidak terurus. Ah Bee telah mengalami kecacatan akibat kebakaran kedainya. Jalil meneruskan perjalanannya untuk menziarahi kubur arwah bapanya. Setelah menziarahi kubur arwah bapanya Jalil teruskan perjalanan ke Tanjung Setul untuk bertemu dengan ibunya di Banggol Lalang. Sesampainya di sana Jalil memberi salam dan terus memeluk ibunya yang sudah lama tak ditemuinya. Jalil menyatakan hasratnya untuk memohon restu ibunya atas segala perancangan yang bakal dilaksanakannya. Ibunya telah member I restu kepada Jalil.



Bab 33

Segala yang dirancang oleh Jalil telah mula dilaksanakan. Kawasan Bukit Nibung sedang dalam pembinaan sebuah teman tema seperti yang diilhamkan oleh Jalil. Projek pembangunan taman tema berjalan dengan lancar. Latifah memuji segala hasil usaha Jalil sehingga terlaksanakan projek ini. Bagi Jalil pengalaman dan kepahitan hidup adalah guru yang paling baik . Kemiskinan dan kesukaran bukan halangan untuk berjaya. Jalil yang suatu masa dahulu menjadi bahan cemuhan orang kampung kini mula dipandang tinggi. Jalil mahu membuktikan bahawa dia kembali menunaikan amanat arwah bapanya dan bukannya berdendam dengan orang kampung dan orang kampung akan mendapar manfaat daripada usahanya itu.







Bab 34

Persiapan untuk perasmian Taman Tema Nibung Park berjalan lancar. Lembah bukit yang dahulunya dipenuhi sawah padi kini sudah berubah wajah. Sejak pembukaannya, sambutan di luar dugaan. Setiap kawasan dibina landskap yang menarik. Jalil telah mencurahkan sepenuh idea dan kreativitinya sendiri.

Majlis perasmian Taman Tema Nibung Park telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Dalam ucapannya, Jalil telah menjelaskan secara terperinci dari mula dan bagaimana segala kepayahan yang ditempuhinya sehingga taman tema ini dapat direalisasikan seperti sekarang. Tujuan utamanya adalah untuk menunaikan hasrat arwah bapanya. Jalil juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya. Ibunya menitiskan air mata kerana Jalil telah membawa kembali maruah keluarga yang tercalar.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan member pujian kepada Jalil seorang anak muda kampung yang berjiwa besar. Hari itu merupakan hari yang paling cemerlang bagi Jalil kerana tanah pusaka hasil titik peluh dan kudrat empat kerat bapanya kini kembali menjadi miliknya untuk selamanya.



Bab 35

Jalil berada di puncak kejayaan. Suasana kampung usang telah bertukar menjadi sebuah Bandar. Jalil telah membina sebuah rumah di tapak bekas rumah mereka dahulu. Jalil juga memindahkan pejabat operasi dari Kuala Lumpur ke Lembah Nibung. Joe mengambil alih menguruskan segala perniagaan mereka di Kuala Lumpur. Jalil telah menamatkan zaman bujangnya dengan Latifah yang begitu setia dengan cintanya terhadap Jalil.



Bab 36

Projek taman tema telah siap sepenuhnya. Projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu telah menjadi mercu tanda pelancongan bagi kawasan utara tanah air. Untuk menampung permintaan pengunjung , sebuah kawasan penginapan berbentuk resort telah dibina. Pekan Bukit Jenun kini berubah menjadi Bandar moden. Syarikat Alam Hijau membina sebuah kompleks perniagaan . Ah Bee membuka sebuah pasar raya di kompleks berkenaan. Sebuah masjid dibina di tapak surau lamu kampung itu dan Ustaz Haji Megat diberi tanggunghawab untuk mengendalikan masjid tersebut. Di kawasan bekas tapak rumah Jalil, terbina sebuah rumah bangle dua tingkat milik Jalil bersama isterinya Latifah. Kehidupan Jalil sangat bahagia kerana dia telah mencapai segala yang diimpikan selama ini.