PROLOG
KAWAI MARU
Kawai Maru merupakan sebuah kapal kepunyaan Tuan
Kawai. Dia telah bekerja sebagai nelayan
selama 15 tahun. Walaupun dia mampu memperoleh kekayaan dan hidup di Bandar
namun Tuan Kawai lebih suka menghambakan dirinya bersama Kawai Maru di lautan.
Tuan Kawai sangat mahir tentang ikan di lautan dan amat pandai tentang hidupan
laut. Kawai Maru merupakan sebuah kapal yang lengkap dengan segala keperluan
untuk memperoleh pelbagai jenis ikan. Sebahagian besar hasil tangkapan dijual
terus di perairan antarabangsa. Kepulauan Ogonshoto ditemui oleh pelayar Jepun
pada pemulaan zaman Edo. Merekalah yang menamakan Ogonshoto. Ogonshoto
merupakan sebuah pulau yang sangat cantik. Tuan Kawai sering berulang alik ke
Ogonshoto kerana pearairannya merupakan lubuk ikan yang luar biasa dan
berkualiti tinggi. Di dalam Kawai Maru mereka banyak bercerita tentang
Ogonshoto.
1. KOLONIAL
Cerita bermula dengan perihal gelaran yang diberi kepada
Presiden. Pelbagai gelaran diberi
kepadanya. Ada yang menggelarnya Belut Selat Morauka, Dewa Badak dan bermacam-macam
lagi. Antaranya termasuk juga ‘kolonial’
. Itulah gelaran yang diberi kepada Presiden. Presiden merupakan seorang anak
luar nikah Malagana.
Malagana terkenal sebagai sebuah pusat hiburan. Ketika dia berusia tujuh tahun, dia selalu
menghabiskan masanya di pantai Tanjung Takatea.
Semasa di pantai, dia asyik
memandang sebuah kapal orang asing yang sering datang ke pulau itu. Kapal besar itu dirapatinya. Dia duduk bersembunyi di dalam kapal tersebut. Dia bertekad untuk mengikut kapal itu ke
Eropah tanpa pengetahuan ibu dan rakan-rakan.
Dia pun tertidur dalam kelaparan.
Semasa dalam pelayaran pada hari
yang ke sepuluh dia diserang selesema.
Seorang nakhoda kapal yang telah lama memerhatikan kepintarannya
telah membawa dia ke rumah seorang kelasi tua dan dihantar ke
sekolah. Barulah dirasainya keperitan
hidup sebatang kara di negara asing. Di
sini dia telah berkawan dengan orang kulit putih. Nakhoda telah mengambilnya sebagai anak
angkat dan telah memberi pendidikan
kepadanya sehingga ke peringkat universiti.
Presiden juga merupakan sorang yang cepat belajar menyesuaikan diri ,
pintar dan dihormati rakan sebaya di sekolah. Dia sentiasa mendapat tempat
teratas dalam pelajarannya. Dia telah
berjaya menyiapkan kajian ilmiahnya yang bertajuk “Kumpulan-kumpulan Haram di
China dan Jepun”. Dia juga telah
mendapat markah tertinggi atas kajian ilmiahnya yang berjudul “Peranan Pihak
Berkuasa Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China dan Jepun”. Tidak lama selepas itu dia diterima menjadi
mahasiswa di universiti. Setelah lulus di universiti dia mendapat tawaran
bekerja di sebuah firma Eropah. Sebelum
dia memulakan pekerjaannya dia ingin menghabiskan masa dua minggu di laut. Malangnya baru tiga hari belayar, ribut
taufan yang luar biasa telah melanda.
Kapalnya telah musnah dan dia telah keputusan makanan. Ribut
tersebut telah menghantar kapalnya ke pesisir negaranya yang sekian lama
ditinggalkannya. Dia menjerit kegembiraan. Dia menceritakan segala-gala tentang
Ogonshoto. Akhirnya dia telah kembali
ke negara asalnya.
Presiden telah mengarahkan rakannya untuk mencari
ibunya. Akhirnya dia telah bertemu
semula dengan ibunya dengan disaksikan oleh ribuan penduduk yang membanjiri
pantai itu. Dia mengambil keputusan
untuk menetap di Ogonshoto manakala tiga rakannya kembali ke Tokyo sebelum ke
Eropah. Dia telah menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Setelah
tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai Timbalan
Presiden. Selepas Presiden mati, dia
ditabal sebagai Presiden yang baharu. Ucapan penting selepas memegang jawatan
Presiden ialah dia menyatakan kolonial
Eropah berjaya menjajah Ogonshoto adalah
disebabkan dasar Ogonshoto yang memilih dasar demokrasi dan kapitalisme. Pilihan yang telah dipilih amat tidak sesuai
untuk rakyat Ogonshoto yang tidak mampu bertanding dengan bebas dan adil serta
tidak tahu maksudnya. Baginya
pemerintahan yang kekal lama jika tiada penentangan. Oleh sebab itu setiap penentangan mesti
segera dihapuskan. Kata-kata Presiden
telah mencabar minda golongan mahasiswa dan mereka merupakan kuman pertama yang
memberikan reaksi kritis terhadap pendapat Presiden. Langkah yang telah dibuat untuk menghapuskan
kuman ini daripada terus merebak, konsep asrama tempat mereka berkumpul dan
membuat gerakan kolektif segera dihapuskan. Para mahasiswa terpaksa mencari
rumah sewa di luar. Sebarang bentuk
bantahan tidak akan dilayan dan mereka akan dihukum . Mahasiswa tugas utamanya
adalah untuk mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan sahaja.
Presiden terus mengorak langkah untuk memajukan
Ogonshoto. Ogonshoto mulai berubah. Pembangunan telah berlaku dengan
pesatnya. Pelaburan Jepun mencurah-curah
masuk. Reka bentuk pelabuhan dan
bangunan seolah-olah seperti berada di Yokohama. Dalam tempoh yang singkat ,
Presiden telah melihat gaya hidup anggota Dewan Presiden, keluarga dan
penyokong mereka telah berubah. Kerangka
kapitalisme yang diamalkan telah berjaya menjadikan setiap individu untuk
berlumba-lunab mengumpul kekayaan. Hal ini amat bertentangn dengan fikiran
rakyat Ogonshoto bahawa kekayaan itu adalah milik bersama dan bukan milik
individu. Keadaan ini telah memberi
peluang kepada orang-orang Presiden untuk mengumpul kekayaan kerana rakyat
menolak kekayaan sebagai tujuan hidup. Pada
suatu hari Presiden republik Afrika mengunjungi Ogonshoto. Mereka saling bertukar pendapat dan
pengalaman cara-cara mengendalikan negara masing-masing. Presiden menyatakan keberuntungannya kerana
dia telah bijak memainkan peranannya sebagai seornag Presiden yang berjaya
menguasai rakyatnya. Rakyat amat
menghormatinya dan apabila kemewahan bukan merupakan matlamat akhir kehidupan
rakyat Ogonshoto maka kekayaan itu telah diagih-agihkan kepada orang-orangnya. Presiden Afrika menyatakan kekagumannya terhadap Presiden kerana amat
dihormati oleh Dewan Presiden dan rakyat Ogonshoto tetapi disangkal oleh Presiden kerana baginya
mereka bukan menghormatinya tetapi takut kepadanya. Presiden berjaya
mengekalkan kedudukannya dengan memainkan peranannya sebagai seorang kolonial.
2. JENERAL
Ia kisah mengenai nasib seorang bekas jeneral dalam usahanya
untuk berkecimpung ke dalam politik yang bermula dengan strategi yang ampuh
namun akhirnya kecundang.
Bahagian ini mengisahkan seorang jeneral. Jeneral baru
bersara daripada angkatan
bersenjata. Dia membeli sebuah rumah
kecil di Ture. Dia berulang alik dari
Ture ke Tatamanu. Dia mengatakan bahawa
dia dilahirkan di Ture walaupun beberapa orang tua di Futu-Ata mengatakan dia
dilahirkan di Pukana. Penduduk Ture amat menyenangi kedatangan Jeneral ke
tempat mereka dan menjadikannya tempat tinggal.
Setiap pagi jeneral dan isterinya akan pergi ke kampung-kampung nelayan
atau kepedalaman bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada teman-teman
sekampung yang baru dikenalinya. Selepas
upacara naik ke rumah baru dia dan isteri terus menetap di situ dan tidak lagi
berulang-alik ke Tatamanu.
Namun bagi seorang pegawai provinsi Ture itu satu petanda
tidak baik. Dia amat mengharapkan agar
jeneral tidak ada di situ. Pegawai
tersebut telah lama menanam pengaruhnya di Ture. Dia juga sudah lama menjadi umang-umang atau
menyamar. Di pejabat dia sentiasa berpakaian kemas dan bila menemui penduduk di
situ dia akan berpakaian seperti mereka.
Kehadiran jeneral di Ture menjadi tanda tanya kepada pegawai itu. Baginya kedatangan Jeneral bakal menggugat kedudukannya di Ture. Dia mencari jalan untuk menghalau Jeneral
dari Ture. Pegawai tersebut cuba mencari pengaruh dengan meluahkan rasa
bimbangnya kepada orang-orang yang pernah menerima pertolongannya. Dia cuba
mempertahankan dirinya sebagai pegawai yang paling layak untuk penduduk
Ture. Sebaran mengatakan jeneral
dilahirkan di Pukana Pulau Futu-Ata dan bukannya di Ture telah disebarkan ke seluruh pelusuk
kampung. Mereka telah menokok tambah cerita untuk lebih menyakinkan penduduk
kampung bahawa Jeneral memang bukan lahir di Ture. Perkhabaran ini sampai kepada jeneral dan Jeneral
merasa amat sedih lebih-lebih lagi penghinaan terhadap isteri dan ibu
mertuanya.
Pegawai kanan mula memainkan peranannya untuk menyelidiki
asal usul Jeneral dengan menghubungi rakannya di pejabar pendaftaran Pukana. Harapannya agar berita Jeneral lahir di Pukana adalah benar dan dapatlah
pengaruh Jeneral ditamatkan. Jeneral
telah melalui proses penghapusan identiti di mana tempat lahirnya dihapuskan
dari rekod pejabat pendaftaran sebelum pertempuran Kiribati. Setelah misi Kiribati berjaya, sebelum
bersara, proses kartu tentera kepada kartu awam, dia memilih Ture sebagai
tempat kelahirannya. Pegawai kecewa bila mendapat tahu nama Jeneral tidak ada
dalam buku pendaftaran kelahiran Pukana.
Dalam masa yang sama Jeneral telah mempunyai pengagum dan
pengikutnya. Kali ini tersebar pula
kisah pegawai kanan itu yang dilahirkan dalam sebuah kapal dan turun di Ture.
Peristiwa ini telah menjadi tanda tanya pula pada pegawai itu. Ibunya telah
lama meninggal dunia untuk dia dapatkan maklumat tersebut.
Jeneral memilih Ture bukan atas sebab keindahannya tetapi
lebih kepada faktor politik yang mulai lemah kerana wakil Dewan Presiden sudah
terlalu tua dan pembangunan di Ture tidak berkembang. Bandarnya mundur dan rakyatnya tidak
berpendidikan tinggi. Tambahan pula
wakil tersebut sering membayangkan akan berundur atas faktor usia dan sakit
hilang ingatan. Jadi wakil dewan
presiden itu tidak sangat menjadi faktor yang sukar tetapi ada seorang lagi
yang perlu diatasi, iaitu pegawai kanan provinsi Ture. Walau bagaimanapun pegawai ini banyk
kekurangannya. Oleh sebab itulah jeneral memilih Ture. Matlamat jangka pendek untuk menggantikan
wakil dalam pemilihan umum dan matlamat jangka panjang mendpat kedudukan dan
penghormatan dalam kedudukan Jeneral dan imbuhan kewangan.
Pada malam itu Jeneral dan Pegawai Kanan Provinsi telah
dijemput oleh wakil Dewan Presiden untuk makan malam di sebuah restoran makanan laut di Ture.
Malam itu mereka bertiga akan bersua muka .
Seperti biasa Jeneral dengan ketepatan masanya telah tiba lebih awal
dengan pakaian lengkap beserta sepucuk pistol.
Lima belas minit kemudian pegawai
kanan tiba. Mereka menunggu tuan wakil
yang masih belum tiba. Satu jam kemudian
barulah tuan wakil tiba dengan mengatakan dia terlupa akan perjumpaan malam
itu. Oleh sebab itulah dia menyatakan
ingin menarik diri dalam pemilihan umum akan datang kerana sifat pelupanya itu.
Apabila tuan wakil bertanyakan kepada pegawai tentang hasratnya untuk
bertanding pegawai mengatakan dia akan melihat kepada sokongan dan sekiranya
perlu bertanding dia harus meletak jawatan sebagai pegawai pemerintah. Apabila ditanya pula kepada Jeneral, dia
mengatakan bahwa dia masih baru dan belum terfikir utuk bertanding kerana tuan wakil masih ada. Melihatkan
keadaan tuan wakil yang semakin teruk lupa ingatannya Jeneral merasakan bahawa
wajarlah dia meletakkan jawatan dan digantikan dengan pegawai. Pegawai berbesar hati mendengar dan berharap
akan menjadi kenyataan. Pengawai mula berangan-angan kerana baginya laluan
telah terbuka luas untuknya. Pada masa
yang sama Jeneral menyusun strategi kerana tuan wakil sudah terlalu tua dan pegawai
pula sedang asyik dengan angan-anganya.
Di sinilah Jeneral akan memainkan peranannya. Seminggu selepas itu pegawai telah meletakkan
jawatan dan membuat liputan tentang hasratnya untuk bertanding. Dia sudah tidak
lagi pergi ke kampung tetapi terus merangka strategi dengan mengadakan beberapa
mesyuarat. Sementara itu Jeneral terus
berkempen dengan anggota komiti parti provinsi untuk membangunkan Ture.
Keuntungan akan dibahagi sama rata dengan syarat memilih Jeneral sebagai
pemerintah. Sokongan yang diberi lebih memihak kepada Jeneral. Keadaan ini sangat tidak disenangi oleh
pegawai lalu menyusun strategi.
Tiba-tiba bunyi deringan telefon yang menyampaikan
pesanan penting daripada pejabat Presiden.
Presiden ingin menemui Jeneral dan pegawai pada jam sembilan malam di
dalam bot di hujung pengkalan Ture.
Presiden ingin menyelesaikan kemelut antara mereka. Kedua-duannya tiba dengan berpakaian rasmi
mengadap Presiden. Namun Presiden masih
belum tiba. Mereka terus ke pengkalan
namun Presiden masih belum ada di situ.
Pegawai tertarik dengan pistol Jeneral dan ingin melihatnya. Jeneral telah memberi pistol tersebut tanpa
prasangka. Pegawai telah cuba mengacukan pistol untuk membunuh Jeneral. Malangnya pistol tersebut tiada peluru. Jeneral merasa marah lalu merampas semula
pistol tersebut dan menolak pegawai sampai terlentang di pengkalan. Sekarang
giliran Jeneral untuk mengacukan pistol kepada pegawai tersebut lalu terus
menembak pegawai dan dicampak ke dalam laut. Setelah menunggu satu jam, jelas
presiden tidak datang, Jeneral pulang ke rumah dengan rasa tidak bersalah.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan wakil berjalan
lancar. Ketika mesyuarat berhenti rehat
sebelum pemilihan dibuat wakil telah memanggil Jeneral ke bilik mesyuarat. Tuan wakil telah melemparkan sampul surat yang
mengandungi gambar kepada Jeneral dengan marahnya. Gambar tersebut adalah
gambar semasa kejadian tembakan dipengkalan. Jeneral sangat terkejut. Semua
anggota komiti telah melihat gambar-gambar tersebut. Jeneral terperangkap dan telah digari oleh
empat orang anggota polis seterusnya dibawa ke balai polis. Kerusi Ture terus
dikekalkan dalm pemilihan umum akan datang. Punahlah harapannya untuk menjadi
wakil dalam pemilihan umum.
3. PENYAMARAN
Ia mengenai kisah
seorang SB yang menyamar dan mensabotaj agenda sebuah kumpulan pembangkang.
Tubua merupakan pekan pelabuhan di barat Gora-gora. Tubua juga kaya dengan keindahan alam
semulajadi. Orang-orang Presiden ingin
membangunkan Tubua. Sekumpulan penduduk di pedalaman Tubua tidak bersetuju
dengan rancangan ini. Mereka menubuhkan sebuah komiti untuk memprotes rancangan
tersebut. Pada suatu petang, protes itu terhenti apabila terlihat seorang
lelaki tua berjalan menuju ke arah mereka.
Lelaki tua itu menyatakan dia datang ke situ kerana mendengar bantahan
ini. Ketua kumpulan protes berterima
kasih kepada lelaki tua itu yang turut memberi sokongan kepada mereka dan
mengatakan Presiden tidak mahu campurtangan dalam urusan ini. Lelaki itu telah dipelawa tidur dan dijamu
dengan makanan dan minuman serta arak.
Tuan rumah menceritakan kepada lelaki tua perihal pemimpin pada zaman
dahulu yang sangat perihatin terhdap rakyat sehingga ada yang menyamar untuk
mengetahui kedaan rakyat dengan lebih dekat.
Lelaki itu tertawa mendengar cerita tuan rumah dengan mengatakan bahawa
Presiden tidak akan buat perkara penyamaran kerana zaman sudah berubah.
Lelaki tua itu menerangkan bahawa perbincangan masalah
penduduk dengan cara berkumpul untuk menyelesaikannya sudah dilupakan oleh
penduduk Ogonshoto. Hal ini telah
disangkal oleh seorang anak muda dengan mengatakan bukan mereka tidak mahu
tetapi perbincangan itu telah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup
sehingga jarang dapat mendengar keputusan yang telah diambil. Lelaki tua itu
seolah-olah mencadangkan agar protes itu dihentikan jika ingin pendapat mereka
didengar oleh Presiden. Semua yang
mendengar terkejut dan tidak bersetuju dengan pendapat lelaki tua itu. Lelaki
tua itu ingin tahu mengapa mereka tidak mahu Tubua dimajukan. Lalu diterangkan oleh tuan rumah bahawa
mereka tidak mahu Tubua akan tercemar dengan perjudian dan pelancongan yang membawa banyak keburukan
serta kerosakan alam semulajadi.
Lelaki tua itu mengatakan bahwa perbincangan mereka pada
malam itu sangat bagus. Mereka ingin
meneruskan protes ke Tubua dan seterusny ke Tatamanu ke pintu Presiden. Kumpulan
protes itu semakin ramai dan laungan semangat telah dilakukan oleh lelaki tua
itu untuk menyedarkan Presiden tentang kepentingan Tubua untuk dikekalkan tanpa
sebarang pembangunan dibuat di situ. Dengan jumlah 100 orang dewasa bersama 30
remaja lelaki dan wanita serta 20 sepanduk mereka berarak ke Tubua. Perarakan
itu diketuai oleh lelaki tua dari Kuri.
Mereka tiba di Tubua menjelang senja dan jumlah yang bermalam semakin
bertambah. Lelaki tua itu terus mengepalai perarakan ke Tatamanu. Perubahan
lelaki tua itu disedari oleh pemuda dua puluhan. Sampai dipersimpangan jalan,
mereka berhadapan dengan sekumpulan anggota angkatan bersenjata. Tiba-tiba lelaki tua itu meluru ke arah
anggota brsenjata dan menjerit dengan mengatakan “dari Kuri”..lalu terus lenyap
dalam kepulan asap yang dilepaskan oleh pihak anggota bersenjata. Akhirnya
semua bertempiaran. Lelaki yang menjadi
ketua perarakan itu merasakan bahawa lelaki tua dari Kuri itu adalah
Presiden. Teori penyamaran itu telah
tersebar tetapi segera ditutup oleh akhbar tunggal Ogonshoto dengan mengatakan
bahawa Presiden bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali dari Peru
serta terdapat satu berita kecil yang mengatakan seorang lelaki telah ditangkap
dalam ‘Peristiwa Tubua’ kini sedang disiasat oleh pihak tentera. Teori penyamaran ini lama kelamaan
hilang. Namun tidak kepada lelaki yang
pernah mengetuai kumpulan protes di Tubua.
Mreka masih mempersoalkan lelaki dari Kuri itu. Walaubagaimanapun
persoalan itu tidak ada jawapan.
4. AISBERG
Ia tentang propaganda
bagi menutup kesilapan kerajaan. Janji-janji yang tak pasti.
Aisberg daripada kutub utara dan kutub selatan dikatakan
telah dapat ditarik untuk menuju ke Ogonshoto.
Berita di stesyen dan radio republik menyiarkan ucapan Presiden tentang
14 orang nakhoda sedang menarik aisberg untuk kelangsungan hidup di Ogonshoto.
Dalam tempoh dua bulan lagi Ogonshoto akan dilanda kemarau yang sangat dahsyat.
Dengan ketibaan aisberg ini nanti bakal menyelamatkan keadaan kemarau di
Ogonshoto. Sejak berita penarikan
aisberg diumumkan, pantai Teluk Pinavana sering dikunjungi penduduk. Antaranya termasuk seorang lelaki tua dari
Runakita. Penduduk hanyut dengan angan-angan ketibaan aisberg tersebut sehingga
lupa bahawa bumi Ogonshoto sudah mula merekah dan tiada setitik air hujan pun
yang turun membasahi bumi. Setelah letih
menunggu lelaki tua itu balik ke rumah dengan membawa 14 tong kosong untuk
mencari sumber air sama ada dengan membeli atau sumber asli. Dia ingin memastikan bahawa 14 tong itu harus
penuh dengan air sebelum sampai ke rumah.
Dalam masa yang sama pihat pentadbir sebok membincangkan proses
pengagihan aisberg itu nanti. Berita itu telah tersebar di radio dan televisyen
namun setelah seminggu barulah lelaki tua itu dapat berita tersebut melalui
jirannya.
Pada suatu pagi ketika jirannya hendak pergi ke Teluk Pinavana
untuk menunggu ketibaan aisberg lelaki tua itu mula menggali satu kawasan kecil
di rumahnya untuk membuat kolam.
Beberapa hari kemudian, jirannya memaklumkan kepadanya bahawa kontraktor
memberi kata dua kepada pentadbir supaya digandakan tiga kali bayaran yang
telah ditetapkan dan mesti dilunaskan sebelum aisberg tiba atau mereka tidak
akan memberi kerjasama. Lelaki tua itu
hanya tersenyum lalu menerusakan kerja-kerja mendalamkan kolamnya. Tidak lama kemudian muncul lagi jirannya
memaklumkan pihak pentadbir bersetuju dengan tuntutan tersebut. Lelaki tua itu ingin menunggu saat aisberg
itu dagih-agihkan. Dalam masa yang sama dia meneruskan kerja-kerja mendalamkan
kolam dengan harapan akan muncul mata air. Namun masih belum ada tanda-tanda
mata air. Setelah tiga bulan berlalu, jirannya juga tidak muncul-muncul membawa
berita tentang aisberg. Aisberg yang dinanti juga tidak muncul. Kolam yang digali juga tidak menampakkan
sebarang tanda ada mata air. Jelaslah
difikirannya bahawa penantian untuk aisberg tiba hanyalah fatamorgana
semata-mata.
5. MAINAN
Agar rahsia tidak terbongkar, kekejaman adalah satu perkara
yang harus dilakukan walupun kepada anak angkat sendiri.
Seorang pemuda sedang leka bermain dengan binatang
buruannya. Dia tidak pernah terfikir dia
akan pandai bermain permainan ini.
Keadaan ini berlaku setelah dia
terlibat dalam tragedi karam di lautan selama 60 hari. Kejadian tersebut menjadi heboh dan
kelurganya sebok mencarinya selama 7 hari 7 malam . namun tidak berjumpa. Pada
suatu malam ibunya mengalami mimpi buruk dan keesokan harinya mereka seperti
biasa pergi ke gereja untuk mendoakan anaknya itu. Tatkala ingin keluar rumah, datang seorang
tentera membawa khabar anaknya telah selamat dan dirawat di hospital
Tubua. Anaknya sudah beransur pulih dan
yang paling mengejutkan ibunya ialah anaknya itu akan menjadi anak angkat
Presiden Ogonshoto setelah dia sihat kelak.
Media memuji tindakan Presiden mengambil pemuda dari
Banaba ini sebagai anak angkat. Pemuda ini telah diajar cara berpakaian,
bercakap dan menghadiri majlis rasmi.
Namun pada peringkat awal pemuda ini dtempatkan di stor peralatan sukan.
Setahun kemudian dia dtempatkan di bahagian stor pemakanan istana bagi menentukan
bekalan makanan basah dan kering sentiasa mencukupi. Beberapa tahun kemudian, kerana sifatnya yang
rajin, dedikasi, disiplin dan amanah, dia telah bebas pergi ke setiap tempat di
dalam istana kecuali kamar Presiden. Walau bagaimnapun dia tetap mengambil
sikap berdiam diri atau tidak bercakap banyak.
Tiba masa permainan dimulakan. Gerhana matahari pernuh
akan berlaku setiap 1642hari. Sehari selepas gerhana penuh, permainan memburu
peliharaan diadakan. Waktu permainan bermula dari matahari gelincir sampai
matahari terbenam. Setiap pemburu
dibenarkan menggunakan senjatanya tiga kali sahaja. Jika setelah tiga kali, binatang buruan tidak
mati maka binatang tersebut bebas. Permainan diadakan di sekitar kaki gunung
berapi hingga ke pinggang gunung yang berhutan. Di situ terdapat kediaman
terpencil sejumlah resi. ( orang bertapa ).
Menurut pekerja istana Papa tidak pernah ketinggalan
untuk bersama dalam permainan ini.
Mainan buruan papa sebelum ini ialah keluang, musang, babi hutan tua dan
seekor beruk. Semua binatang buruan ini berjaya menjadi sasaran papa. Kali ini
tidak tahu apakah binantang buruan papa.
Pesta bermula. Presiden dan keluarga berada di barisan
hadapan diikuti dengan menteri dan rakyat biasa. Masing-masing dengan binatang
buruan masing-masing tetapi Presiden tidak memegang apa-apa binatang di
tangannya. Pemuda Banaba itu mencengkam tupai keruwaknya dan mengerling ke arah
Presiden dan melihat Presiden menyeluk poket seluar seolah-olah menyeluk
sesuatu dari poket seluarnya dan mula mengejar mainannya. Dia pun terus memburu tupai keruwaknya dan
tidak sempat menyumpit untuk yang ke tiga tupai itu hilang dari pandangan.
Tiba-tiba dia terdengar suara papanya memanggilnya. Dia rasa sangsi. Dia sudah
pasrah bahawa dia akan kembali sebagai pemain yang tewas. Dia terfikir mungkin panggilan papanya adalah
datang untuk membantunya mengejar tupai keruwak tersebut. Tapi sangkaannya
meleset kerana tiba-tiba dia mendengar satu das tembakan berdesing di
sisinya. Apabila dia menoleh dilihatnya
papanya sedang meluru ke arahnya sambil mengacukan pistol dengan tembakan das
kedua menembusi lengan kanannya. Dia cuba melaungkan dan menyedarkan
papnya bahawa yang ditembak itu bukan
binatang buruan tetapi dirinya tetapi Presiden terus mendekat dan melepaskan
das yang ketiga lalu mengenai betis kirinya. Dia benar-benar bingung dengan
keadaan itu dan terus berlari. Apabila teringat dah tiga kali tembakan
dilepaskan dia memperlahankan langkahnya dan terus menuju ke dalam hutan.
Sementara menunggu matahari terbenam, pemuda banaba yang
kesakitan tadi melihat semak-semak bergoyang. Tanpa disangka-sangka Presiden
muncul dan melepaskan das yang keempat menghancurkan tapak tangan kanannya.
Dalam semak yang bergoyang tadi muncul beberapa orang tentera elit Presiden
menyerbu ke arahnya dan mencengkam pipi memaksa mengeluarkan lidah lalu
memotong lidahnya dan kedua-dua pergelangan tangannya dikerat. Presiden telah
memberi amaran supaya dia tidak pulang ke istana dan kembali ke Ogonshoto.
Pemuda berasa amat sedih kerana permainan itu telah
dikhianati dan dia menjadi mangsa kezaliman Presiden dan tenteranya. Dalam
keadaan parah dia terus masuk ke dalam hutan dan telah ditemui oleh sekumpulan
resi. Resi tersebut merawatnya. Dalam tempoh itu pemuda ini telah mengimbas
kembali kehidupannya yang karam di lautan dan diselamatkan dan menikmati satu
kehidupan yang sangat hebat tetapi dalam sekelip mata peraturan permainan telah
dikhianati dan ratusan lamanya Eropah telah mengharamkan manusia menjadi
binatang buruan tetapi dirinya kini merupakan mangsa buruan. Pelbagai macam
andaian dibuat ke atas dirinya sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa. Namun
tiada jawapan pasti. Dia amat menyesali
betapa palsunya dunia warna warni Ogonshoto. Pemuda tersebut mengambil
keputusan untuk terus berada di hutan bersama sekumpulan resi di situ kerana
baginya Ogonshoto sudah tertutup untuknya dan Banaba juga bukan tempat yang
sesuai baginya.
6. PENTAFSIR
Ia juga mengenai tekanan yang dikenakan dari pihak pemerintah
ke atas bijak pandai.
Lelaki tua yang gemar menyelam merupakan resi yang mereka
kenal di Aitu. Tiada siapa yang sanggup bertentang mata dengan resi tersebut.
Resi tersebut tidak bercakap banyak. Jika bercakap kata-katanya penuh dengan
maksud yang tersirat. Ada seorang
penduduk menjadi pendamping resi tersebut.
Tetapi setelah 10 tahun dia mendampingi resi, kini dia mula mentafsir
semua pengalamannya bersama resi.
Pada peringkat awal ada 11 buah rumah sahaja di Aitu.
Salah sebuah rumah tersebut merupakan rumah resi. Terdapat empat bandar sahaja
yang telah membangun, iaitu Tatamanu, Pukana, Tubua dan Malagana. Pada suatu
hari Aitu dilanda dua petanda buruk.
Petanda buruk itu ialah terdapat bangkai seekor paus terdampar di pantai
debu gunung berapi meliputi seluruh Aitu.
Keadaaan tersebut membuatkan resi dan seluruh penduduk mula
mentafsir keadaan yang berlaku.
Presiden baru Ogonshoto akan datang ke Aitu. Presiden Ogonshoto merupakan seorang Presiden
yang luar biasa riwayat hidupnya.
Seorang yang pintar, berjaya membawa kapal yang mengalami kerosakan
besar kembali ke pantai tanah airnya sendiri. Dia memeluk ibunya sebaik sahaja
mendarat dan diperhatikan oleh ribuan manusia tanpa rasa segan dan malu.
Presiden ingin memajukan Aitu.
Pada satu hari datang utusan Presiden ke Aitu memberitahu
tentang perancangan pembangunan di Aitu dan untuk mengadili satu sayembara
tentang ‘ciptaan yang hidup’. Hadiahnya sebutir kelapa emas.Tiga orang telah
memberanikan diri menyertai sayembara termasuk resi yang paling muda. Masing-masing mula mentafsir dan cuba
menyiapkan ciptaan mereka. Pada hari sayembara Presiden datang untuk mengadili
hasil ciptaan mereka. Setiap ciptaan diletakkan di tepi pantai dan ditutup.
Hanya Presiden sahaja yang akan membuka kain penutup dan melihat hasil ciptaan
tesebut untuk diadili. Apabila dilihat ketiga-tiga ciptaan, Presiden menyatakan
bahawa ciptaan resi muda itu yang terbaik. Presiden telah melontarkan kelapa emas
menghancurkan segala ciptaan resi muda itu. Bagi mereka mungkin itu cara
seorang Presiden menyampaikan hadiah. Namun bagi resi muda itu adalah cara
seorang terpelajar membodohkan dirinya sebagai manusia biasa.
Resi muda mentafsirkan peristiwa tersebut dengan memberi
satu gambaran yang menunjukkan dua kuasa sedang bergelut iaitu kuasa baik dan
kuasa jahat. Dalam pertapaannya, tuhan telah menggantikan ikan-ikan ciptaannya menjadi ikan-ikan karang pancawarna dan hadiah
ciptaan Presiden menjadi hidupan laut perosak karang. Jelas menunjukkan bahawa
dua petanda telah tuhan turunkan di bumi Aitu.
Keadaan ini juga memberi tafsiran bahawa mustahil untuk rakyat biasa
mampu melawan seorang Presiden yang berkuasa. Keadaan ini tidak seharusnya
dibiarkan begitu sahaja. Kezaliman harus ditentang.
Selepas 21 hari pendamping resi memberi tafsiran, datang
seorang wakil dari Pejabat Presiden di Tatamamu untuk mendapat maklumat dan
mentafsir tentang imbuhan nirwana yang akan diberi kepada orang yang berjaya
membunuh hidupan laut perosak karang. Dia menemui resi dan mereka telah
bersoaljawab tentang isu tafsiran imbuhan nirwana kepada yang membunuh hidupan
laut perosak karang. Orang dari Tatamamu memberi amaran bahawa resi boleh
dikenakan hukuman atas pendapat yang diberinya itu. Namun resi menafikan kerana
baginya tuhan akan memberi imbuhan kepada perkara kebaikan. Orang Tatamamu
menyatakan bahawa amat mudah memahami resi dan tidak perlu kepada pentafsir.
Apa yang dikatakan jelas. Pentafsir menyatakan bahawa kata-kata resi yang
berbunyi “akan tiba” perlu ditafsir dan difikirkan. Orang Tatamamu tidak mahu
memikirkannya dan menyatakan bahawa dia akan tunggu ketibaan Tuhan kerana baginya
tuhan yang akan beri jawapan.
Orang Tatamamu menunggu ketibaan Tuhan yang tidak kunjung tiba itu sehingga menemui ajalnya
ditepi pantai dengan mata yang terbuka. Apa yang berlaku sebenaranya ialah
“akan tiba’ itu bukan bermaksud tuhan yang akan tiba tetapi kebenaran yang akan
tiba untuk mereka nantikan.
7. JARI
Betapa rakyat itu sukar menaakul apa tindakan seterusnya dari
kerajaan sehingga sanggup mempertaruhkan anggota badan sendiri.
Kisah seorang guru sains yang mempunyai sepotong jari
manis yang terendam di dalam tabung kaca. Pada satu ketika dahulu pengkritik di
Ogonshoto sangat kuat. Presiden telah memberi kebenaran untuk mengkritik dan
tidak akan mengambil tindakan atas keluarga atau siapa sahaja atas kritikan
tersebut dan menjadikan Republik Ogonshoto sebagai contoh terbaik fahaman
demokrasi moden. Guru itu telah
mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku di Ogonshoto. Dia telah menyiapkan
satu makalah utk diterbitkan. Pada masa itulah guru ini telah berkata kepada
dirinya bahawa dia akan mengerat jari manis tangan kanan jika makalah itu
diterbitkan dan dia serta keluarga atau saudara –mara bebas daripada
tindakbalas keras pemerintah. Makalah yang bertajuk Daratan telah mengkritik
pentadbiran Ogonshoto yang dengan mudah menyerahkan daratan kepada kuasa luar
sehingga hak anak peribumi Ogonshoto terabai.
Makalah tersebut telah diterbitkan.
Setelah beberapa lama tempoh berlalu, didapati tiada apa
tindakan yang dikenakan lalu dia teringat akan janjinya untuk mengerat jari
manis tangan kanannya sekiranya dia bebas daripada tindakan tersebut. Guru tersebut
terpaksa melunaskan janjinya dengan berjumpa sahabatnya pengidap pesakit kusta
untuk meminta pertolongan. Dengan
bantuan sahabatnya akhirnya telah berjya memotong jari manisnya tanpa guru itu
rasa sakit lalu diambilnya jari yang sudah putus dan dimasukkan ke dalam balang
kaca. Tetapi malang baginya kerana
hukuman itu datang lewat selepas jarinya dipotong. Dua minggu kemudian dia
mendapat sepucuk surat diarahkan meninggalkan Tatamanu dalam tempoh 24 jam. Ini
adalah tindakan yang dikenakan terhadapnya akibat penerbitan makalahnya. Saudara-maranya juga terlibat dengan hukuman
tersebut dan guru tersebut menjadi bahan kemarahan saudara-maranya.
Beberapa minggu kemudian pendalaman Kuri gempar apabila
tiga syarikat dari Turki, Jepun dan Jerman datang untuk menebang hutan bagi
dijadikan padang golf. Beberapa orang
datang berjumpa guru tersebut untuk meminta pendapatnya. Guru itu menyatakan
kemarahannya dan tidak bersetuju dengan apa yang bakal berlaku. Tambahan pula
kajian alam sekitar belum dilakukan.
Guru itu memberi jaminan bahawa sekiranya kajian alam sekitar dilakukan
nescaya projek itu akan terbatal dan dia berani pertaruhkan jari hantunya pula.
Guru kidal ini terlalu yakin dengan dirinya bahawa jari hantunya itu tidak akan
jadi korban kerana mereka telah melalui satu tempoh yang amat getir iaitu
kemarau yang sangat dahsyat. Sudah tentu
mereka tidak akan mahu peristiwa itu berulang kembali dan bersungguh-sungguh
untuk mempertahankan hutan itu daripada diteroka untuk dijadikan padang
golf.
Seminggu kemudian kumpulan pencinta alam secara rasmi
membantah projek tersebut. Guru kidal
sangat gembira. Pemerintah Ogonshoto
telah membatalkan projek tersebut. Dalam masa yang sama penyokong kuat Presiden
sedang merencanakan sesuatu untuk membina juga padang golf tersebut. Mereka menunggu saat dan ketika yang sesuai
untuk bertindak. Guru kidal yang sedang
gembira pula merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran kerana projek
tersebut telah dibatalkan. Majlis
kesyukuran itu sangat meriah. Walau bagaimanapun kemeriahan majlis itu telah
dikejutkan dengan pengumuman daripada pejabat Presiden tentang rancangan
pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa akan dibina dan projek tersebut
tidak akan memudharatkan Ogonshoto. Semua
yang hadir terkejut terutama guru kidal.
Namun mereka sudah pasrah dengan ketentuan itu dan menasihati guru kidal
agar tidak mengerat jarinya. Namun guru kidal yang berpegang teguh kepada
janjinya cuba menelefon sahabatnya itu untuk melaksanakan tugas memotong jari
tetapi sahabatnya telah meninggal dunia.
Akhirnya guru kidal telah memotong jarinya sendiri sebagaimana yang
telah dijanjikan.
8. KAMERA
Betapa sukarnya seorang teknologis dalam mempersembahkan
ideanya kepada kerajaan.
Kamera menceritakan perihal adik seorang aktivis hak
asasi manusia telah terpilih sebagai Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Dia berasal dari Runakita. Dia dipilih
mewakili Ogonshoto. Ditempatkan di sebuah politeknik pinggir Tokyo dibawah
penyeliaan seorang professor. Pada suatu pagi di dalam teksi untuk balik ke
rumah dia membelek sebuah akbar
Ogonshoto yang dbelinya dan terpandang sebuah
iklan tentang seorang komandan tua yang memohon maaf kepada semua pihah
atas kesilapannya sepanjang perkhidmatannya dalam Angkatan Bersenjata Republik
Ogonshoto. Pemandu teksi menceritakan perihal komandan tua itu dan membawanya ke rumah komandan
tersebut untuk melihat sendiri keadaannya.
Jelas bahawa komandan itu terus meracau untuk meminta maaf atas semua
kesalahannya.
Sekembalinya ke kamar, dia telah memasang dengan lengkap
kamera yang dibelinya. Dia telah berjaya mencantumkan semua peralatan untuk kamera
eksperimentalnya itu. Kamera itu sangat
canggih kerana dapat merakam foto dan suara yang sangat hebat untuk setiap
detik peristiwa yang dilaluinya. Semua
pergerakan dan suara temannya semasa pergi ke airport telah dirakamkan di dalam
kamera tersebut. Temannya terkejut hasil kamera yang sangat canggih itu. Dia
menceritakan pengalamannya ketika mencuri-curi melihat rumah bekas komandan
itu. Lelaki itu juga ada menyebut tentang lelaki aktivis hak asasi manusia
iaitu abang tuanya yang hilang.
Mereka pun mengambil keputusan untuk mendaki gunung
berapi Gora-Gora. Sepanjang perjalanan mereka kamera aksperimental itu telah merakamkan setiap detik yang
berlaku. Apabila dicuci, dia menjerit apabila
didapati terdapat 3 foto dan 3 pita suara yang terakam dalam kamera
tersebut. Dalam foto 1 adalah abang
tuanya dalam keadaan matanya telah diikat dengan sehelai kain dan komandan
memegang pistolnya. Pita suara pula merakamkan suara abangnya meminta tolong
supaya tidak diapa-apakan. Foto 2 pula memperlihatkan abangnya ditepi jurang
dan komandan mengacukan pistol ke arah kepala abang tuanya. Pita suara memperdengarkan abangnya merayu
supaya jangan dibunuh dan dibawa ke pengadilan tetapi das tembakan kedengaran.
Foto 3 pula kelihatan tentera meneranjang mayat abang tuanya masuk ke dalam
kawah gunung berapi dan komandan menyarungkan pistolnya semula.
Barulah kini dia tahu bahawa abang tuanya bukan menghilangkan diri tetapi telah dibunuh
dengan kejam di kawah gunung berapi Gora-Gora.
Temannya memintanya untuk membawa isu ini ke muka pengadilan. Dia bersetuju dan menyediakan panduan
cara-cara menggunakan kamera untuk temannya sekiranya berlaku sesuatu terhadap
dirinya dan meminta temannya amanahkan kamera itu kepada orang yang dipercayai
jika sesuatu terjadi kepada temannya itu. Kamera tersebut merupakan teknologi
yang dicipta untuk membolehkan sesiapa sahaja melihat semula peristiwa masa lampau dan merakamkan
visual serta suaranya. Pergerakan serta
perbuatan manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi boleh
dirakamkan semula....termasuk yang pernah dilakukan oleh orang yang punya...
Dia telah menyerahkan tiga keping foto dan pita suara
sebagai bukti laporan rasminya di pejabat undang-undang Tatamanu. Dia ingin mendapatkan keadilan untuk abang
tuanya supaya dapat membawa komandan ke muka pengadilan. Tiba-tiba datang dua
orang tentera menahannya kerana memiliki kamera yang belum diluluskan
penggunaannya. Tanpa disedarinya, tiga
keping foto dan pita suara telah dibuat salinan kepada hospital tentera tempat
komandan itu diawasi. Foto dan pita
suara itu telah dipertontonkan kepada komandan tersebut. Komandan menjerit ketakutan dan pengsan
beberapa kali selama dua hari dua malam.
Menurut doktor komandan tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan
maut sedang menghampirinya. Pihak
hospital telah memanggil sebuah teksi untik menghantar komandan pulang ke rumah
asalnya.
Setelah dua hari ditahan, keesokkannya akan bermula
perbicaraan ke atas dirinya. Namun dia belum dimaklumkan bilakan kes pembunuhan
abang tuanya akan dibicarakan. Dia
terbayang kamera eksperimentalnya yang boleh merakam peristiwa masa lampau pada
masa kini dan tidak tahu di tangan siapa kamera itu berada. Kamera itu akan berada di pasaran tidak lama lagi.
9. BAHTERA
Dejavu kisah nabi nuh dan bahteranya.
Bahtera mengisahkan seorang lelaki berumur lewat 50-an bakal menjadi
nakhodabagi sebuah bahtera yang bakal dibinanya bermula daripada peristiwa
seekor penyu raksasa yang melintas di bawah perahunya yang membawa perkhabaran
bahwa mereka perlu meninggalkan Ogonshoto dan mencari dataran baru bagi
mengelakkan gempa bumi yang bakal
menimpa mereka. Sejak bertemu dengan
penyu raksasa itu nakhoda ini telah
menceritakan kepada semua penduduk agar bersiap sedia untuk membina sebuah
bahtera bagi membawa mereka semua ke sebuah dataran yang baru. Pada mulanya
semua orang tidak mempercayai kata-katanya.
Tetapi ada seorang lelaki mengatakan perkara itu ada didengar daripada
bapanya yang mendengar daripada datuknya.
Lama kelamaan semua orang sudah mempercayainya. Ramailah pengikutnya
akan turut serta naik bahtera untuk meninggalkan Ogonshoto bagi mencari daratan
baru kecuali anak lelakinya.Anaknya tidak percaya Ogonshoto akan dilanda gempa
bumi dan bertentang pendapat dengannya. Namun
itu tidak mematahkan semangatnya untuk membina sebuah bahtera.
Untuk membina sebuah
bahtera memerlukan peralatan yang banyak dan dia telah membuat permohonan.
Namun birokrasi Ogonshoto yang begitu rumit menyebabkan di ditolak seperti
bola. Akhirnya dia memohon bantuan sbuah firma Jepun di Futu-Ata. Seminggu selepas itu dia diberi surat resmi
dan diberi kebenaran membina bahtera.
Kerja-kerja membina bahtera dimulakan.
Setelah bahtera siap semua penduduk mula menaiki bahtera. Dalam kesebokan itu terdapat tiga orang
penduduk yang tidak dibenarkan naik bahtera kerana sakit parah dibimbangi akan
menyebarkan penyakit dalam bahtera.
Nakhoda terpaksa memberi kebenaran kepada mereka untuk naik dan
menempatkan mereka di bahagian buritan.
Akhirnya anak lelakinya juga turut serta menaiki bahtera.
Namun nakhoda terlepas
pandang satu perkara yang anak lelakinya meneliti setiap gerak geri dan
perbuatannya lalu membuat catatan bahawa perbuatan bapanya memberi izin tiga
penumpang berpenyakit itu kelak akan
menjadi bala besar di dalam bahtera tersebut dan menyebabkan semua penghuni
akan menerima bala. Semasa sauh
dibongkar untuk memulakan pelayaran, pada ketika itulah anak lelakinya terjun
ke dalam air menuju ke pantai.
Nakhoda telah memanggil tukang masak yang menyediakan
makanan di Istana Presiden untuk menyiasat perihal mangsa keracunan makanan.
Tukang masak menceritakan perihal dia merasa sakit hati dengan Presiden kerana
bagi mereka orang di kalangan mereka sahaja yang boleh makan makanan yang
enak-enak. Apabila mereka ingin makan
bubur tradisional yang mengandungi daging rusa, tukang masak jadi bingung
kerana rusa sudah tidak ada lagi di Ogonshoto.
Kebetulan ada seorang lelaki datang ke rumahnya , maka lelaki itu telah
jadi mangsanya. Dia melapah daging lelaki itu dan memasukkan ke dalam bubur
tradisional tersebut. Apabila diselidiki lelaki itu punya penyakit kelamin yang
kronik. Maka dengan itu kepada yang makan bubur tersebut telah mendapat
jangkitan tersebut. Kemudian nakhoda terjumpa catatan anaknya dan merasa sangat
gementar kerana anaknya sudah tidak ada lagi dalam bahtera.
Tiba-tiba mereka terdengar dentuman yang sangat kuat.
Nakhoda mengarahkan layar dipasang dan bahtera terangkat 600 kaki ke udara.
Semua penumpang menjerit dan muntah dan perlahan-lahan bahtera turun semula dan
meninggalkan bumi Ogonshoto yang sudah tidak bersisa. Nakhoda teringat akan
anak lelakinya. Namun semua itu tidak dapat diselamatkan lagi. Bahtera terus
belayar. Berbulan-bulan bahtera menempuh
samudera dan akhirnya mereka menemui daratan untuk berlabuh.
EPILOG
TSUNAMI
Naratif Ogonshoto berakhir dengan cerita berlabuhnya
Kawai Maru dan bahtera dari Ogonshoto di perairan pulau itu. Walaupun bahtera tidak sebesar Kawai Maru,
tetapi ukurannya luar biasa dan dibuat dengan tangan sepenuhnya. Apabila mereka
bertemu, mereka bercerita tentang tsunami yang berlaku yang menghancurkan
Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata.
Sepuluh penumpang
bahtera telah meninggal dunia. Separuh lagi dimasukkan ke dalam wad dan yang
lain ditempatkan di khemah-khemah khas sementara menunggu keputusan pemerintah
pulau tersebut. Nakhoda pasrah dengan
keputusan yang bakal dibuat samada mereka nak menerima mereka atau pun tidak.
Pertemuan di pulau itu
membuat mereka lebih akrab dan telah menemui pelbagai watak dalam cerita
Ogonshoto. Kenangan yang telah berpuluh tahun yang lalu masih segar dalam
ingatan. Penulis kini sudah berusia 80
tahun dan telah meninggalkan Kawai Maru 20 tahun yang lalu. Peristiwa tsunami itu berlaku ketika penulis
berusia 45 thn 10 hari. Cerita tsunami yang dahsyat itu sering menjadi bahan
bualan mereka dan mereka tidak jemu-jemu mengulang cerita.
Kebanyakan teman
penulis telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Penulis tidak kembali ke
kampung halamannya. Isterinya juga telah meninggal dunia 30 tahun yang lalu dan tidak mempunyai anak.
Penulis tinggal di rumah orang-orang tua di Daerah Kita, Tokyo. Penulis telah merahsiakan penyakit yang
dihidapinya daripada keluarganya. Namun penyakit itu semakin serius ketika dia
bertugas di sebuah organisasi Asia-Pasifik di Tokyo. Dia telah berjaya menjalani pembedahannya.
Dia terus teringat akan kampung halamannya yang jauh di Malaya.
Novel ini digarap secara penceritaan dari rekod
pihak ketiga yang kemudiannya dicambah kepada kumpulan-kumpulan episod yang
berlainan situasi, geografi dan budayanya dan sehingga keakhir epilog barulah
penaakul tersedar yang semua itu adalah mimpi yang dicerap dari seorang
penglipur lara.