Isnin, 26 Januari 2015

PROGRAM CERAMAH ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAMIYYAH DARUL MUTTAQIN, KG. PERMATA , KUNDANG , SELANGOR

Assalamualaikum....

      Pusat Pengajian Pondok Islamiyyah Darul Muttaqin, telah mengdakan satu ceramah tentang peristiwa isra' mikraj Nabi Muhammad saw.  Dalam peristiwa tersebut Nabi telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam yang fadhilat dan pahalanya sama seperti 50 waktu. Dalam peristiwa tersebut juga nabi telah dipertontonkan pembalasan kepada manusia yang taat dan ingkar akan suruhanNya.

      Dalam sesi ceramah tersebut para hadirin telah dipertontonkan dengan beberapa video tentang gambaran hari qiamat, gambaran tentang pembalasan bagi umat yang ingkar dan beberapa lagi yang dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita untuk muhasabah diri semula tentang kewajipan yang harus kita laksanakan sebagai hamba Allah.

    Buat julung-julung kalinya pihak Darul Muttaqin menganjurkan program ceramah kepada penghuni pondok dan penduduk di sekitarnya.  Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ceramah tersebut dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kita menghadiri majlis ilmu dan mempelajari sesuatu daripadanya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.  Majlis tersebut juga dapat mengiratkan silaturrahim antara penghuni pusat pengajian dan penduduk di sekitarnya. 

    Pusat Pengajian Islamiyyah Darul Muttaqin juga amat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak agar dapat bersama-sama memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk membina infrastruktur kerana pusat pengajian ini baharu sahaja ditubuhkan dan dengan sumbangan yang dapat dihulurkan, mudah-mudahan dapatlah kita bersama-sama menginfaqkan harta benda kita ke jalan yang diredhai sebagai amal jariah yang berterusan. InsyaAllah. 

    Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah layari laman web http://pusatpengajiandarulmuttaqin.blogspot.com/  atau boleh terus membuat sumbangan melalui no akaun :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan