Rabu, 4 Mei 2011

SINOPSI NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK BAB 13 - 36

Bab 13




Sebulan selepas itu, pada suatu petang Jalil berbasikal ke Pekan Jenun. Dalam perjalanannya dia terserempak dengan Biah. Kenangan peristiwa pahit yang lalu kembali dalam ingatannya. Biah telah diseret kembali oleh bapa saudaranya setelah ditemui berada di rumah setinggan yang ditumpangi oleh Muhsin. Mujur pada ketika Muhsin tiada di rumah. Sejak itu Biah berkurung di rumah. Biah menyatakan bahawa abang Muhsin tidak bersalah dalam hal itu. Biah menerangkan bahawa dia yang melarikan diri kerana telah menjadi mangsa keadaan. Jalil tidak mahu masuk campur dalam hal itu. Biah memberitahu Jalil bahawa ketika dia meninggalkan rumah dia dalam keadaan hamil. Jamil terkejut dengan pengakuan Biah. Jalil menyangka itu adalah perbuatan abangnya dan memarahi Biah atas apa yang berlaku. Biah menerangkan bahawa Muhsin tidak bersalah dan bukan kerana Muhsin dia hamil. Jalil ingin tahu siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini. Jalil sedia maklum bahawa Biah bukanlah gadis liar malah dialah yang berkerja menanggung keluarganya. Bapanya asyik di meja mahjung dan sering marah-marah kerana kalah apabila balik ke rumah. Biah dan ibunyalah yang menjadi mangsa. Adiknya Kudin sama seprti ayahnya.

Pengakuan Biah benar-benar mengganggu fikiran Jalil. Pelbagai persoalan terbit di kepalanya mengapa semua itu berlaku. Apakah sebenarnya yang nak dinyatakan oleh Biah. Dia benar-benar ingin tahu siapakah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tujuannya hendak membeli barang di Bukit Jenun tidak tercapai dengan persoalan yang menghantui dirinya. Ketika melintasi rumah Pak Ngah Kadir , Jalil terdengar jeritan Biah. Jalil tidak berani nak memalingkan muka dan terus mengayuh balik ke dangaunya. Di sana dia mengintai. Kedengaran Pak Ngah Kadir memaksa Biah untuk berkahwin namun Biah tidak mahu. Berlakulah pergaduhan antara mereka. Biah rela dibunuh daripada berkahwin. Jalil tidak mampu untuk membantu Biah.



Bab 14



Suasana kampung kembali tenang. Namun Jalil mula rasa terancam apabila Kudin mengancamnya. Jalil percaya orang yang membuang kaca ke tapak semaiannya adalah Kudin. Jalil juga percaya pemuda yang memukulnya dulu adalah angkara Kudin kerana mereka adalah kawan-kawan Kudin. Tapi Jalil tidak pernah gentar dengan keadaan itu. Jalil akan melawan sekiranya perlu.

Pada suatu petang Jalil ke Bukit Jenun untuk mencari barang keperluan di Kedai Ah Bee. Sekembalinya dari kedai Ah Bee dia telah ditahan oleh Rosman, anak buah Pak Ngah kadir. Rosman telah mengambil botol minyak tanahnya dan memecahkan botol tersebut. Perbuatannya itu dismbut dengan ketawa oleh kawan-kawannya. Rosman mengapi-apikannya Jalil untuk bergaduh. Dengan perasaan yang amat marah Jalil telah menyerang mereka dan Rosman dan kawan-kawannya cabut lari. Malam itu Jalil terpaksa bergelap dan tidak dapat mengulangkaji pelajarannya. Dia menghidupkan unggun api dan makan di tepi unggun api tersebut. Jalil merasa sedih dan marah bila mengenangkan Kudin tidak habis-habis berdendam dengannya sedangkan dulu mereka bersahabat baik.

Malam itu Jalil terdengar bunyi seperti orang datang ke dangaunya. Rupa-rupanya Latifah. Jalil amat bimbang dengan kedatangan Latifah. Bimbang akan diketahui oleh bapanya. Latifah mengatakan bahawa bapanya tiada di rumah. Latifah juga memaklumkan bahwa dia mendengar Jalil bergaduh . Latifah amat bersimpati dengan Jalil dan kembali ke rumahnya untuk mengambil minyak tanah. Latifah bergegas pulang apabila terdengar suara bapanya yang sudah balik. Malangnya Pak Lang Ali sudah sampai dulu dan menyedari ketiadaannya. Pak Lang Ali menyuarakan bahawa dia ada mendengar banyak orang berkata tentang Latifah sering berjumpa dengan Jalil. Latifah menjelaskan bahawa dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Jalil. Penjelasan Latifah telah menimbulkan kemarahan bapanya. Pak Lang Ali juga merungut tentang Jalil yang nak jadi samseng bergaduh dengan sepupu Kudin. Latifah mempertahankan Jalil dan memberitahu kedudukan sebenar kepada bapanya. Penjelasan Latifah telah menimbulkan sedikit rasa simpati bapanya tetapi bapanya tetap member amaran supaya Latifah tidak berjumpa lagi dengan Jalil. Malam itu Latifah sukar melelapkan matanya. Walaupun usianya baru menjangkau 15 tahun, dia sendiri tidak tahu mengapa dia merasakan suatu perasaan yang indah ketika bertemu Jalil. Kakaknya menuduh dia sudah tergila-gilakan Jalil.



Bab 15

Orang kampung sibuk membuat persiapan perkahwinan Biah. Jalil hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Kemeriahan untuk sama-sama bergotong royong tidak dapat dirasakan oleh Jalil. Dia tersisih daripada budaya hidup bermasyarakat. Rumah Pak Ngah Kadir meriah dengan kedatangan sanak saudara. Masing-masing sebok membantu membuat persiapan perkahwinan. Pada hari kenduri orang kampung datang awal ke rumah Pak Ngah Kadir. Ustaz Haji Megat akan menyembelih lembu. Keadaan ini mengingatkan kembali Jalil kepada arwah bapanya. Biasanya dalam suasana begini bapanya akan masak nasi minyak kerana bapanya pakar dalam bidang itu.

Jalil hanya mendiamkan diri dlam dangaunya semasa perkahwinan Biah. Latifah telah menghantarkan sepinggan nasi kenduri kepada jalil. Pada mulanya Jalil enggan menerima kerana dia tidak boleh makan kerana dia tidak dijemput. Latifah memaklumkan bahawa nasi itu dikirim oleh Biah. Biah telah mengirimkan sekeping kertas kepada Jalil. Dalam kertas itu, Biah telah memaklumkan bahawa dia telah menjadi mangsa sumbang mahram dan Muhsin tidak bersalah. Persoalan tentang kedudukan abangnya telah terjawab. Namun ada persoalan lain menghantui fikiran Jalil. Siapakah orang yang melakukan perbuatan tersebut samada Pak Ngah kadir atau Kudin. Jalil berdoa agar diberi petunjuk.

Bab 16



Jalil tidak faham mengapa kawan-kawannya menjauhkan diri daripadanya. Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias, Shafie dan Mat Tohid juga telah menjauhkan diri darinya. Ketika sedang Jalil teringatkan kawan-kawannya itu, muncul Mat Tohid di dangaunya. Mat Tohid mohon maaf daripada jalil kerana lama tidak mengunjunginya kerana sakit. Mat Tohid merupakan rakan yang paling rapat dengan jalil. Mat Tohid terkena sawan akibat terjatuh daripada pokok kelapa. Hanya Jalil dan Mat Tohid sahaja yang tahu mengenainya. Ngah Ibrahim dan Mak Ngah Jah, ibu bapa Mat Tohid menganggap Mat Tohid ditegur atau dirasuk makhluk halus. Begitulah kepercayaan orang kampung.

Mat Tohid mengajak Jalil pergi memancing tetapi Jalil tidak dapat memenuhi permintaan kawannya kerana terlalu banyak kerja yang harus dilakukannya. Mat Tohid agak kecewa tetapi terpaksa akur dengan keadaan kawannya itu.

Selepas Maghrib, Jalil terdengar ketukan kentung di surau yang memberi makluman ada kematian berlaku. Jalil tertanya-tanya siapakah yang meninggal dunia. Dalam keadaan yang terpaksa Jalil gagahkan dirinya pergi kesurau. Apabila tiba di sana, Ustaz Haji Megat mengumumkan anak Ngah Brahim. Mat Tohid ditemui mati di sungai. Jalil amat terkejut mendengar berita tersebut. Jalil merasa menyesal tidak dapat memenuhi permintaan Mat Tohid pergi memancing bersamanya. Namun dia pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Urusan jenazah Mat Tohid disempurnakan oleh Ustaz Haji Megat. Jalil gagahkan diri untuk hadir di majlis pengkembumian itu untuk melihat wajah rakannya buat kali terakhir walaupun dia tahu orang kampung tidak dapat menerima kehadirannya. Jalil amat sedih kerana telah kehilangan sorang kawan yang rapat dengannya.



Bab 17

Sikap terburu-buru ibunya menyebabkan mereka banyak kehilangan harta benda. Antaranya sebahagian tanah darat di sebelah rumah mereka tergadai, tanah yang bersempadan dengan dengan tanah Pak Ngah Kadir juga terjual atas desakan Mak The untuk memenuhi permintaan Mohsin hendak membeli motor, Mak The juga bertindak terburu-buru merobohkan rumah mereka dan akhir sekali sikap terburu-buru itu juga berlaku dalam hal penjualan tanah pusaka mereka.

Jalil mengunjungi ibunya untuk mendapat kepastian tentang harga penjualan tanah pusaka itu. Ibunya memaklumkan bahawa dia membelanjakan dua ribu membina rumah di atas tanah menantu Pak Long Ayob dan bakinya dibuat wang hantaran meminang anak dara Yan untuk abangnya Muhsin. Jalil tertanya-tanya berapa nilai hantaran yang diberi kerana setahu dia kawasan itu terkenal dengan hantaran yang tinggi. Jalil terkejut apabila ibunya memberitahunya hantaran yang dihantar adalah sebanyak tiga ribu ringgit. Ini bermakna wang simpanan ibunya sudah habis dan bagaimanakah urusan kendurinya. Jalil tidak mahu bertanya dengan panjang lebar lagi kerana dia tahu ibunya pasti tidak menyenangainya lalu mendiamkan saja rasa hatinya.

Jalil kembali ke Bukit Nibung. Jiwa Jalil terganggu dengan tindakan ibunya. Selang beberapa minggu Jalil didatangi Aziz, anak Pak Long Ayob menyatakan ibunya meminta dia bersegera ke Banggol Lalang kerana ada perkara penting. Jalil terus bergegas ke tempat ibunya untuk mengetahui apa yang dikehendaki ibunya. Sesampainya di sana ibunya menyatakan hasratnya untuk ke Kuala Lumpur. Jalil terkejut kerana ibunya tidak pernah hendak ke sana. Ibunya memberitahu bahawa abangnya menyuruh datang kerana nak kawin kerana kena tangkap basah. Jalil terpaksa meminjam duit untuk membeli tiket bas untuk ibunya daripada Pak Long Ayob. Setelah ibunya bertolak ke Kuala Lumpur, Jalil kembali ke Bukit Nibong. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, fikiran Jalil menerawang memikirkan nasib dirinya mengapa dia tidak disayangi ibunya . Jalil juga terkenangkan abangnya Muhsin yang banyak mendatangkan masalah dalam keluarganya. Akhirnya dalam kegelapan malam itu Jalil sampai di dangaunya. Walaupun Mak The selalu membuat kerenah namun sebagai anak, Jalil tetap menghormati ibunya dan semangatnya tidak pernah padam untuk meneruskan amanat ayahnya.



Bab 18

Latifah mengagumi sikap dan perwatakan Jalil. Baginya Jalil seorang anak muda yang kuat semangat dan mempunyai keazaman yang patut dicontohi oleh anak muda lain. Jalil seorang yang tegas dalam kelembutannya. Namun segala apa yang dirasainya hanya dia sahaja yang tahu. Segalanya dirahsiakan agar orang tidak salah anggap kepadanya terutama kakaknya yang mula menyedari bahawa dia suka kepada Jalil. Kakaknya selalu menyindirnya dalam gurauan. Ibunya tidak menghalang Latifah daripada berkawan dengan Jalil. Bagi Mak Tiah, Jalil seorang anak muda yang begitu tabah menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun dia tidak dapat membantu, tetapi Mak Tiah rasa seronok apabila Latifah dapat membantu mengikut kemampunannya.

Latifah hanya mengambil sikap berdiam diri apabila dia sering dicemuh dan disindir oleh kakak-kakaknya. Pada suatu pagi Latifah telah terlambat untuk ke sekolah sedangkan pada hari itu merupakan ujian bulanan. Bas sekolah yang dinaikinya telah berlalu. Bas biasa pula tiba lewat. Pada masa yang sama Latifah ternampak Jalil mengayuh basikal lalu nak menumpangnya. Jalil serba salah. Latifah terus mendesaknya kerana takut tidak dapat menduduki ujian. Pelbagai persoalan berlaku di benak Jalil sekiranya dia menumpangkan latifah naik basikalnya. Setelah berfikir beberapa lama, akhirnya Jalil menumpangkan latifah. Dalam pada itu Jalil sentiasa bimbang kalau-kalau ada orang yang nampak dia bersama Latifah menaiki basikal. Sepanjang mereka berbasikal, mereka menikmati keindahan alam panorama dengan sawah padi yang terbentang dan berlatarkan gunung.

Jalil menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku dlm hidupnya. Latifah cuba memberi semangat kepada Jalil untuk terus tinggal di situ. Dalam diam latifah mula merasakan bahawa hatinya telah terpaut dengan Jalil. Latifah tidak mahu Jalil keluar dari kampung itu.

Tidak lama mereka pun sampai di sekolah. Jalil menurunkan Latifah jauh sedikit daripada pandangan orang kerana malu dengan basikal buruknya itu. Latifah mengucapakan terima kasih kepada Jalil kerana menumpangkannya kerana jika tidak dia takkan ke sekolah hari ini. Jalil dapat merasakan ada satu perasaan terhadap latifah tetapi dipendamkan kerana dia menyedari bahawa dirinya dengan Latifah terlalu jauh dan dia terus dengan semangat juangnya untuk menebus kembali tanah aruah bapanya itu.



Bab 19

Petang itu Jalil tidak ke sawah. Jalil berperang dengan dirinya sendiri. Di sekolah guru telah mengumumkan tentang pelajar yang tidak membayar yuran untuk berbuat demikian. Yuran yang berjumlah RM 150 terlalu besar bagi Jalil kerana dia tidak mampu untuk membayarnya. Wangnya yang telah terkumpul sebanyak RM 80 telah digunakan oleh Mak Teh untuk membayar bomoh. Jalil merasakan sudah tidak ada jalan untuk dia mendapatkan wang bagi membayar yuran tersebut. Jalil terfikir sekiranya yuran itu tidak dapat dibayar nescaya dia akan berhenti sekolah dan terpaksa mengerjakan kebun bagi meneruskan kehidupan. Dalam dia sedang berfikir apa yang akan terjadi, tiba-tiba Latifah muncul. Jalil merasa kurang senang dengan kedatangan Latifah. Latifah menyatakan bahawa dia tahu Jalil sedang rungsing tentang masalah yuran yang masih belum dibayar. Jalil cuba menyembunyikan masalahnya dengan menyatakan bahawa dia akan bayar yuran tersebut pada minggu hadapan. Setelah dipersoalkan oleh Latifah dimanakah punca Jalil untuk mendapatkan wang, Jalil telah terperangkap dan menyatakan bahawa dia sedang memikirkan bagaimana untuk mencari wang tersebut. Latifah yang memang sudah mengetahui tentang masalah itu telah member Jalil sampul surat yang berisi wang untuk membayar yuran tersebut. Jalil terkejut dengan pemberian itu dan menyatakan bahawa dia tidak mahu meminjam duit Latifah. Latifah memberitahu duit itu adalah pemberian bapanya kerana rasa bersalah terhadap Jalil selama ini. Jalil mendapat tahu bahawa Latifah telah mendesak bapanya untuk memberikan wang tersebut. Oleh sebab sayangkan Latifah dan sudah merasa insaf Pak Lang ali memenuhi kehendak Latifah untuk membantu Jalil .

Pengorbanan Latifah terlalu besar bagi Jalil. Jalil amat menghargai pengorbanan Latifah. Dia telah membantu Latifah dalam pelajaran sebagai cara untuk membalas budi.





Bab 20

Kehilangan rumah usang peninggalan bapanya membuatkn Jalil terus gigih meneruskan kehidupan seorang diri. Mak Teh telah berpatah arang berkerat rotan untuk menjejakkan kaki ke situ kerana malu. Jalil terpaksa hidup seorang diri. Pak Lang Ali mula baik dengannya dan tidak menghalang Latifah untuk bertemu dengannya. Pak Lang Ali sering menasihatkan Latifah supaya menjaga diri. Latifah akur dengan orang tuanya. Dia hanya bersimpati dengan Jalil dan menolong Jalil dengan ikhlas.

Mak Teh bina rumah baru di tanah menantu Pak Long Ayob. Mak Teh memujuk Jalil untuk tinggal di tempat baru tetapi Jalil enggan kerana rasa cinta terhadap kampung pusakanya. Mak Teh bekerja di kebun sayur milik seorang pekebun Cina.

Jalil telah selamat menduduki peperiksaan SPM. Selepas selesai SPM Jalil bertekad untuk ke Kuala Lumpur untuk memulakan penghidupan baru. Pada suatu petang, Jalil berkemas untuk ke Kuala Lumpur. Jalil bercadang untuk menjual Awang kepada Ah Bee tauke cina yang sangat baik dengan aruah bapanya. Jalil memberitahu Ah Bee dia akan ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Jalil menyatakan bahawa dia ingin memajakkan sawah itu kepad Ah Bee. Ah Bee bersetuju untuk menerima pajakan tersebut tetapi tidak mahu membeli Awang. Jalil pun berjalan pulang membawa Awang balik. Sampai sahaja dipondoknya dilihat Latifah ada disitu. Latifah ingin berjumpa dengannya untuk mendapatkan kertas peperiksaan Jalil untuk dijadikan panduan oleh kakaknya yang bakal menduduki SPM. Jalil memberikan kertas peperiksaan tersebut sambil memberitahu kepada Latifah bahawa dia akan meninggalkan kampung itu. Latifah terkejut dengan berita itu lalu bertanyakan perihal sawah dan kerbaunya. Jalil menyatakan sawah telah dipajak dan kerbaunya masih belum dapat dipastikan. Latifah menawarkan diri untuk menjaga kerbaunya tetapi Jalil enggan dan ingin menyerahkan kerbaunya kepada Pak Samad. Kedua-duanya berasa sedih dengan perpisahan itu.



Bab 21

Jalil ke Tanjung Setul untuk berjumpa dengan Pak Samad. Dalam perjalanannya ke sana dia telah melewati kawasan perkuburan tempat aruah bapanya disemadikan. Dia telah membeli batu nesan untuk dibuat sebagai tanda kepada pusara ayahnya. Setelah itu Jalil terus berjumpa Pak Samad dan menyerahkan Awang kepadanya. Pada petang itu Jalil menunggu bas untuk ke Guar Cempedak untuk memberitahu ibunya tentang keputusannya ke Kuala Lumpur. Ibunya berpesan supaya Jalil mencari abgnya Muhsin di sana.

Sebelum Jalil pergi meninggalkan kampung halamannya, dia telah membakar pondok buruknya . Perbuatannya itu telah dilihat oleh Latifah dan bapanya dan terkejut dengan perbuatan Jalil itu. Jalil menyatakan dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat pondok yang akan ditinggalkannya lalu dibakarnya pondok tersebut. Setelah bersalaman dengan Pak Lang Ali, Jalil meneruskan perjalanan meninggalkan kampung halamannya dengan tangisan Latifah sekeluarga.

Bab 22

Jalil tiba di Kuala Lumpur tetapi dia tidak punya arah tuju kemana harus dia pergi lalu menyusuri deretan bangunan di situ. Jalil kepenatan lalu berhenti di kaki lima Pasar Budaya. Setelah bersarapan, Jalil meneruskan perjalanan dengan melawat gerai dalam pasar seni dan singgah di gerai seorang pelukis . Jalil terpegun melihat hasil seni di gerai itu dan terkenangkan dirinya yang mempunyai bakat seni tetapi tidak dapat dikembangkan. Semasa Jalil asyik mengingatkan masa silamnya, dia disapa oleh pemilik gerai tersebut. Jalil menyatakan hasratnya ke Kuala Lumpur adalah untuk mencari pekerjaan.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis yang datang ke gerai itu dan meminta dia melukis potretnya. Jalil tergamam dan meminta gadis itu duduk dan ingin memaklumkan kepada pemilik gerai itu. Pemilik gerai yang sedang sebok itu menyerahkan kepada Jalil untuk melukis potret gadis tersebut. Berbekalkan bakat yang ada padanya Jalil terus melakar potret gadis tersebut. Pemilik gerai terpegun dengan bakat yang ditunjukkan oleh Jalil. Pemilik gerai telah memperkenalkan dirinya sebagai Joe dan mempelawa Jalil untuk tinggal dan bekerja dengannya. Jalil sangat gembira dan terus tekun belajar dengan Joe dan akhirnya Jalil berjaya menguasai kemahiran melukis dengan baik sehingga dia terlupa keputusan SPM telah keluar.

Joe menasihati Jalil untuk balik melihat keputusan peperiksaannya. Jalil menyatakan bahawa dia tidak akan balik ke kampung selagi dia tidak mampu menebus kembali tanah pusaka aruah bapanya.

Keesokkan harinya Jalil telahmenyuarakan satu cadangan kepada Joe untuk mengembangkan perniagaan daripada pelukis jalanan kepada pembekal lukisan ke hotel-hotel. Pada mulanya Joe rasa sangsi dengan cadangan Jalil samada bolehkah mereka melakukannya. Jalil telah memberi keyakinan kepada Joe untuk mencuba.

Jalil telah menelefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan SPMnya. Alhamdulillah Jalil telah mendapat keputusan yang cemerlang. Joe menasihatinya untuk meneruskan pelajarannya. Jalil keberatan kerana dia sudah mempunyai pekerjaan. Joe memberi kata-kata perangsang kepadanya untuk meneruskan pelajaran disamping terus bekerja dengannya. Akhirnya dia mengikut nasihat Joe untuk terus belajar sambil bekerja.



Bab 23

Kertas kerja tentang cadangannya untuk membekalkan lukisan ke hotel-hotel telah dapat dihasilkan. Mereka mula bergerak ke hotel-hotel untuk mendapat maklum balas daripada usaha yang dilakukan. Jawapan yang diterima ada yang positif dan ada yang negatif. Perjanjian telah dibuat dengan teliti. Jalil teringat akan perjanjiannya tentang tanah pusaka tidak mempunyai sebarang perjanjian bertulis hanya perjanjian lisan. Jalil masih percaya sekiranya orang kampung masih berpegang teguh kepada janji.

Akhirnya Joe telah mendapat tawaran untuk membekalkan lukisan di beberapa buah hotel di ibu kota. Joe kagum dengan Jalil dan mula bimbang sekiranya Jalil meneruskan pelajarannya, dia akan kehilangan rakan yang banyak membantunya dalam meningkatkan taraf perniagaannya.

Akhirnya Jalil menyuarakan kepada Joe bahawa dia nak meneruskan pelajarannya tetapi dia akan terus bekerja dengan Joe. Joe bersetuju dan menyuruhnya balik ke kampung untuk menguruskan segala keperluannya disamping dapat berjumpa dengan ibunya di sana. Jalil terus pulang ke kampung dan menyelesaikan segala urusannya di sana dan kembali ke Kuala Lumpur tanpa menjejakkan kaki ke Bukit Nibung. Jalil sempat berjumpa dengan ibunya dan ibunya memberi alamat abangnya Muhsin dan menyuruh Jalil mencari abangnya di sana. Jalil tidak memberi sebarang pengakuan kerana hatinya terlalu luka dengan perbuatan abangnya itu.



Bab 24

Jalil telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM10 ribu hasil daripada tabungannya setelah bekerja dengan Joe. Hasratnya ini telah dapat dicapainya untuk menebus kembali tanah arwah bapanya. Jalil pulang ke kampung bersama Joe. Jalil menunjukkan bekas tapak rumahnya yang telah menjadi semak kepada Joe. Jalil meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Pak Lang Ali. Malangnya pada ketika itu Pak Lang Ali tiada di rumah dan Jalil menyusur ke bendang untuk bertemu dengannya. Apabila berjumpa Pak Lang Ali, Jalil terus menyuarakan hajatnya datang ke kampung. Pak Lang Ali menjadi serba salah dan tidak menyangka Jalil akan menuntut semula tanah itu. Pak Lang Ali meminta Jalil berjumpa terus dengan Pak Amat untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana Pak Lang Ali merasakan bahawa niat Jalil itu akan sia-sia.

Jalil meneruskan perjalanannya ke rumah Pak Amat. Apabila berjumpa dengan Pak Amat , Jalil terus menyuarakan hajatnya datang ke situ. Pak Amat mempertikaikan akan kebenaran kata-kata Jalil yang dia pernah berjanji untuk memulangkan tanah itu sekiranya Jalil mampu membayar sebanyak RM10 ribu. Jalil tersentak dan menyatakan bahawa memang Pak Amat telah berjanji dengannya demikian. Ternyata Pak Amat telah mungkir janji dengan menyatakan bahawa tidak mungkin dia akan memulangkan tanah itu dengan harga sedemikian kerana harga tanah telah naik. Jalil merasakan dirinya telah teraniaya. Pak Amat terus member keterangan kepada Jalil tentang potensi tanah itu kerana kemudahan yang telah ada disekelilingnya menyebabkan tanah itu sudah tinggi nilainya. Tambahan pula tanah itu telah mempunyai geran. Joe hanya mendiamkan diri dan tidak mahu masuk campur dalam hal itu. Jalil terus merayu untuk mendapatkan semula tanahnya itu. Pak Amat akhirnya memberi kata putus bahawa dia boleh kembalikan tanah itu dengan syarat Jalil mampu untuk membayar RM50 ribu kepadanya. Jalil tergamam dan tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Hati Jalil remuk dan tidak menyangka Pak Amat sanggup berbuat demikian kerana sikap tamak itu. Jalil tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada sebarang dokumen perjanjian yang ditandatangani. Jalil pasrah dan kembali ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Hatinya hancur. Jalil dibelenggu dengan perasaan kecewa kerana tidak dapat menebus kembali tanah itu. Namun Jalil tetap mahu menunaikan janjinya itu. Joe membiarkan sahaja Jalil dan tidak mahu mengganggu Jalil kerana dia faham benar perasaan Jalil dan dia pasti Jalil mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan bijak.



Bab 25

Jalil tidak mudah kecewa dan tidak pernah mahu membiarkan perasaan kecewa it uterus membelenggu dirinya. Dia bangkit semula dengan satu semangat baru untuk menebus kembali kekecewaannya itu. Jalil terlalu berbeza dengan adik beradiknya yang lain yang hanya separuh jalan dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi abangnya Muhsin yang banyak menimbulkan masalah dalam keluarganya. Dalam kampungnya juga tidak ada seorang pun yang ke menara gading. Yang paling tinggipun setakat SPM sahaja.

Jalil merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Dia terus berfikir dan berfikir bagaimana nak menebus kembali tanah arwah bapanya yang telah diamanahkan oleh bapanya untuk mempertahankan tanah tersebut. Jalil terus mencari jalan bagaimana harus dilakukannya.

Seperti biasa Jalil akan pergi ke stesen LRT sekiranya dia menghadapi masalah. Di sana dia melihat pelbagai telatah manusia yang pelbagai ragam. Dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah Joe dia telah terserempak dengan seorang tua bermain muzik di tepi jalan. Jalil telah mendermakan RM 1 kepada orang tua itu. Jalil sempat bertanyakan kepada orang tua itu kenapa kakinya cedera. Orang tua itu merupakan seorang askar yang telah terkena jerangkap samar dan mendapat kecederaan tersebut. Setelah Jalil meninggalkan orang tua itu fikirannya terus berlegar tentang nasib malang askar tersebut. Dia teringat zaman persekolahannya yang mana sempena hari pahlawan, akan ada edaran derma hari pahlawan dibuat. Jalil terfikir, kemanakah wang itu disalurkan. Jalil menyuarakan persoalan kepada Joe tentang nasib orang tua itu. Dia teringat pula tentang gelagat pelajar sekolah yang berambut panjang yang ditemuinya di Stesen LRT. Jalil terfikir rambut itu seharusnya dipotong pendek seperti rekrut yang pernah dilakukan di Negara Thai. Tiba-tiba satu ilham telah menjelma dalam pemikiran jalil dan mengajak Joe berbincang tentang perkara tersebut. Jalil terfikir untuk membuat satu projek mengenainya.

Tanpa melengahkan masa Jalil terus membuat kertas kerja projek yang nak dilaksanakannya itu. Jalil berusaha dengan bersungguh-sungguh mengumpulkan segala maklumat daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pertahanan yang diperlukan dalam kertas kerja tersebut. Akhirnya Kertas Cadangan Projek Gunting Rambut Seluruh Negara siap dibuat. Jalil meneruskan usahanya dengan membawa kertas cadangan itu kepada orang yang bertanggungjawab terhadap urusan bekas tentera untuk dipanjangkan ke peringkat kementerian. Joe mengingatkan Jalil agar kertas cadangan itu dilindungi daripada di ciplak dengan menghubungi peguam untuk menguruskannya. Akhirnya Jali dan Joe telah dijemput oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk membentangkan kertas cadangan tersebut. Cadangan bernas Jalil menjadi kenyataan apabila pihak Kementerian Pelajaran telah menerima cadangan tersebut dan pelaksanaannya dijalankan. Hasil daripada projek ini persatuan bekas tentera mendapat keuntungan yang lumayan. Keuntungan inilah yang bakal diguna untuk membela nasib bekas tentera.

Jalil dan Joe telah menubuhkan sebuah syarikat untuk mengendalikan hak cipta dan cadangan mereka. Joe dilantik menjadi Pengarah Urusan Syarikat Alam Hijau manakala Jalil sebagai Pengarah Urusan II. Syarikat Alam Hijau mendapat keuntungan lebih daripada dua juta hasil idea bernas Jalil setiap tahun.

Joe sangat bersyukur kerana telah diketemukan dengan Jalil seorang anak muda yang berwawasan.



Bab 26

Jalil meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia di peringkat Diploma Landskap Seni Taman. Bidang ini sangat diminati oleh Jalil. Setahun selepas itu , dia terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Prestasinya yang cemerlang menyebabkan Jalil ditawarkan biasiswa oleh pihak university. Jalil sangat bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah. Namun dia tetap terus tinggal bersama Joe dan meneruskan perniagaannya yang telah berkembang pesat. Permintaan hasil seninya semakin memberangsangkan. Projek Gunting Rambut Seluruh Negara terus mendapat reaksi yang positif dan setiap tahuan Syarikat Alam Hijau mendapat royalti seperti yang telah termaktub dalam perjanjian.

Dengan kemewahan yang diperoleh, Jalil tidak leka dan terus berusaha mengembangkan sayap dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Berkat kesungguhannya itu, Jalil telah terpilih untuk mengendalikan beberapa projek landskap di beberapa buah bangunan koporat dan terdapat beberapa syarikat yang mahu menempah Jalil sebagai perunding landskap dan seni taman setelah tamat pengajian nanti.

Jalil tidak mudah leka dan meneruskan pengajiannya. Joe pula bukan sahaja mendapat kontrak membekalkan lukisan di hotel-hotel, malah mula mendapat perhatian di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Joe sangat berterima kasih kepada Jalil. Jalil terus melangkah dan melangkah dan menggunakan segala peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.

Setelah tamat pengajian , Jalil memohon untuk mendapatkan lessen kontrak dalam bidang seni taman dan landskap. Setelah setahun memulakan operasi perniagaan landskap dan seni taman, Jalil diberi kepercayaan untuk mengendalikan urusan landskap sebuah Bandar bestari yang baru didirikan oleh kerajaan. Projek ini telah melonjak Jalil ke mercunya. Kewangan mereka semakin mantap. Namun Jalil amat berhati-hati agar dia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang boleh melibatkan diri dalam rasuah.

Jalil tidak jemu-jemu menimba ilmu. Setiap kursus pengurusan dan perniagaan yang dianjurkan dia dan Joe tidak ketinggalan untuk menyertainya. Semua ini member memberi mereka memperkuatkan daya saing dan daya tahan dalam perniagaan. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Syarikat Alam Hijau telah berkembang dengan pesat. Kedudukannya yang kukuh membolehkan beberapa anak syarikat ditubuhkan bagi mempelbagaikan perniagaan. Kini Jalil telah menjadi lembaga pengarah kepada beberapa buah syarikat yang bernaung di bawab payung Alam Hijau. Kebayakan nama anak syarikat dinamakan Nibung iaitu nama kampung kelahirannya. Jalil telah menubuhkan Nibung Construction untuk bergiat dalam bidang pembinaan. Nibung Décor menguasai bidang hiasan dalaman pejabat-pejabat kerajaan dan swasta yang memberi khidmat nasihat dalam bidang hiasan dalam kepada jabatan kerajaan , swasta dan orang persendirian. Syarikat Pengangkutan Nibung pula menguasai sektorpengangkutan. Dalam usia muda Jalil telah berjaya menempa kejayaan demi kejayaan .

Jalil telah dianugerahkan “CEO of the Year” oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Walaupun demikian Jalil tetap merendah diri dan menyatakan kejayaan ini adalah kejayaannya bersama Abang Joe.

Walaupun telah meraih kejayaan yang hebat , Jalil merasakan itu hanya permulaan kerana baginya misinya yang paling utama masih belum dapat dicapai iaitu menyempurnakan wasiat arwah bapanya untuk mempertahankan tanah pusaka yang telah menjadi milik orang lain. Namun Jalil tidak putus asa dan tetap bertekad untuk melaksanakan janjinya dengan arwah bapanya.



Bab 27

Syarikat Alam Hijau telah mengadakan satu sesi temuduga untuk mencari calon pegawai akaun bagi syarikat tersebut. Bagi memastikan calon yang terbaik untuk dipilih, pengarah urusan sendiri mengambil inisiatif untuk menemuduga calon yang datang. Jalil sendiri mengambil peranan tersebut kerana untuk memilih seorang pengurus akaun memerlukan ketelitian agar segala urusan kewangan syarikat berjalan dengan lancar.

Semasa Jalil membelek borang setiap calon, tiba-tiba dia terkedu kerana salah seorang calon tersebut adalah Latifah. Apabila Latifah masuk untuk ditemuduga , kedua-duanya saling terkejut dan Latifah segera keluar apabila mendapati bahawa pengarah urusan yang menemuduganya adalah Jalil orang kampungnya. Latifah merasa malu. Latifah ingin menarik diri daripada temuduga tersebut dan Jalil terus mengambil Latifah untuk jawatan yang ditawarkan. Latifah tergamam dengan pelawaan itu samada nak menerima atau tidak. Jalil cuba mengembalikan nostalagia ketika mereka di kampung dahulu. Latifah tidak menyangka Jalil sudah berjaya dan pondok buruh itu telah bertukar menjadi Wisma Seri Nibung yang tersergam. Jalil masih mengharapkan agar Latifah menerima pelawaannya itu. Jalil sangat gembira apabila Latifah menerima jawatan yang ditawarkan itu.



Bab 28

Pertemuan dengan Latifah telah membawa sinar baru dalam hidup Jalil. Dia teringat kembali zaman persekolahannya. Kesibukannya telah menyebabkan sudah terlalu lama dia tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba hatinya digamit untuk pulang ke kampung halamannya. Kehadiran Latifah memberikan pelbagai persoalan dalam benaknya. Tiba-tiba dia terfikir tentang Latifah samada masih bujang atau sebaliknya. Jalil telah menceritakan segala perihal Latifah kepada Joe. Joe memberi dorongan kepada Jalil untuk mengahwini Latifah. Namun Jalil masih ada misi yang perlu dicapai sebelum itu. Bagi Jalil sekiranya jodohnya dengan Latifah, nescaya Latifah akan jadi miliknya.



Bab 29

Pertemuannya dengan Latifah tempoh hari merupakan ketentuan Ilahi. Jalil tidak pernah termimpi akan bertemu dengan latifah setelah dia meninggalkan kampung halamannya dulu. Kehadiran Latifah kali ini mendorong Jalil untuk memikirkan soal untuk berumah tanggai. Selama ini dia terlau sebok sehingga terlupa akan persoalan tersebut. Pada waktu pertama kalinya Jalil membawa Latifah berjalan di Pantai Morib, Jalil sempat bertanya Latifah tentang kampungnya selama dia meninggalkan kampung halamannya itu. Latifah menyatakan bahawa terlalu banyak perkaradan peristiwa yang berlaku sepanjang pemergian Jalil dari kampung itu. Antaranya Biah diceraikan oleh suaminya setelah dia melahirkan anak kerana suaminya menyatakan bahawa anak yang dikandung oleh Biah bukanlah anaknya kerana semasa dia berkahwin dengan Biah, gadis itu sudah hamil. Pak Ngah Kadir mengamuk dan menuduh suami Biah tidak bertanggungjawab. Pak Ngah Kadir telah menuduh Muhsin yang bertanggungjawab menodai Biah. Perkara yang paling tidak disangka-sangka ialah apabila Pak Ngah Kadir ditangkap polis kerana perbuatan sumbang mahram dengan anaknya sendiri telah menyebabkan isterinya mengalami tekanan mental yang serius dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Biah pula membawa diri entah kemana. Apabila Jalil mendengar cerita tersebut , Jalil telah terkenangkan abangnya yang tidak bersalah dalam perkara ini.

Biah juga menceritakan tentang kampungnya tidak semeriah dulu. Ramai anak muda berhijrah ke kota dan banyak keluarga telah berpindah. Kehadiran Latifah telah memberi semangat baru dalam hidup Jalil.



Bab 30

Syarikat Alam Hijau semakin berkembang maju. Syarikat ini juga telah melebarkan sayapnya ke luar Negara. Jalil telah memiliki segalanya namun dia ada satu misi besar yang semakin hampir untuk dicapainya.

Satu mesyuarat lembaga pengarah telah diadakan untuk membincangkan satu projek besar yang menelan belanja sebanyak RM 50 juta. Jalil bertawakkal dalam menjelaskan projek tersebut. Jalil telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Taman Tema Lembah Nibung. Jalil telah meminta pendapat semua ahli mesyuarat tentang kertas kerja tersebut. Beberapa persoalan telah dijawab dan persoalan yang diajukan oleh Latifah merupakan satu persoalan besar iaitu dimanakah penduduk itu akan tinggal sekiranya Jalil ingin membeli semua tanah di situ. Jalil telah memberikan cadangan bahawa satu kawasan penempatan akan diwujudkan bagi menempatkan penduduk di situ. Jalil telah memilih Mr Jostein Mork dari Norway dalam pembinaan taman tema ini kerana dia yakin beliau mempunyai pengalaman yang luas dan mampu untuk melaksanakan projek ini. Setelah perbincangan dibuat, mesyuarat telah meluluskan kertas kerja tersebut.

Joe amat mengerti segala tindakan yang Jalil lakukan. Dia tidak pernah kalah dengan kekecewaannya. Dia tetap akan mencapai apa yang dihajatinya. Latifah kurang bersetuju dengan tindakan Jalil dan telah bersemuka dengan Jalil untuk mengetahui apa sebenarnya tujuan Jalil berbuat demikian. Jalil menerangkan secara terperinci tentang projek yang bakal dilaksanakannya itu dan bukan seperti yang difikirkan oleh Latifah untuk membalas dendam. Latifah bimbang sekiranya usaha Jalil ini tidak kesampaian dan mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Jalil telah memberi keyakinan tentang apa yang bakal dilakukannya. Latifah merasa kagum dengan kesungguhan dan kredebiliti yang ditunjukkan oleh Jalil.



Bab 31

Setelah penduduk kampung berkumpul, Joe telah memainkan peranannya sebagai wakil Jalil untuk member taklimat tentang projek yang bakal dilaksanakan di kampung tersebut. Semasa Joe member penerangan, ternyata Kudin anak Pak Kadir telah menentang cadangan tersebut dan cuba merosakkan majlis. Namun orang kampung tidak bersetuju dengan tindakan Kudin dan meminta penerangan diteruskan. Kudin terpaksa akur kepada keadaan dan member I laluan kepada Joe untuk meneruskan penerangannya. Beberapa persoalan yang dikemukakan telah dapat dijawab oleh Joe dengan baik. Joe telah member jaminan bahawa projek tersebut akan memberi manfaat buat orang kampung kerana orang yang mengendalikan projek ini adalah anak jati kampung itu sendiri. Orang kampung tertanya-tanya siapakah anak jati tersebut kerana mereka tahu bahawa tidak ada anak muda yang berjaya dari kampung ini selain anak Lebai Harun yang bekerja sebagai inspector polis. Joe masih menyembunyikan identity anak kampung itu walaupun ditanya berkali-kali oleh Kudin.

Pertemuan kali kedua ialah menandatangani surat perjanjian yang menyatakan tentang persetujuan penduduk kampung atas pelaksaan projek tersebut. Setelah semua menandatangani surat tersebut, barulah Jalil menampilkan diri seperti yang dirancang. Penduduk kampung terkejut dengan kehadiran Jalil yang berpakaian seluar koyak dan baju lusuh turun daripada kereta Mercedes Benz C230K. Jalil terus mendapatkan mereka dan memeluk mereka. Kudin amat terkejut dan menerpa kea rah Jalil tetapi beberapa orang pengawal berjaya menghalangnya. Apabila Kudin mendapat tahu bahawa Jalil orang yang bakal membangunkan kampung ini, dia telah menengking Jalil dengan menyatakan dia tidak akan membenarkan tanahnya diambil. Jalil memberi penjelasan akan tindkannya itu semata-mata untuk menebus kembali tanah arwah bapanya dan selebihnya adalah untuk memajukan kawasan tersebut. Jalil juga redha jika Kudin tidak mahu turut serta dan akan membiarkan tanahnya dikelilingi dengan projek tersebut. Penduduk kampung telah menasihati Kudin. Akhirnya Kudin mengalah dan insaf serta memohon maaf daripada Jalil atas segala perbuatan buruknya terhadap Jalil selama ini.



Bab 32

Semua perancangan berjalan dengan lancar. Pada suatu hari Jalil menyuarakan hasratnya kepada Joe untuk pulang ke kampung. Joe menyindirnya dan Jalil sedar akan kesilapannya tidak menziarahi ibunya. Namun Jalil tidak pernah lupa mengirim wang buat ibunya pada setiap bulan. Keesokan harinya Jalil memandu sendiri ke kampungnya. Apabila dia tiba dikampungnya dilihatnya suasana dikampung itu sudah tidak terurus. Ah Bee telah mengalami kecacatan akibat kebakaran kedainya. Jalil meneruskan perjalanannya untuk menziarahi kubur arwah bapanya. Setelah menziarahi kubur arwah bapanya Jalil teruskan perjalanan ke Tanjung Setul untuk bertemu dengan ibunya di Banggol Lalang. Sesampainya di sana Jalil memberi salam dan terus memeluk ibunya yang sudah lama tak ditemuinya. Jalil menyatakan hasratnya untuk memohon restu ibunya atas segala perancangan yang bakal dilaksanakannya. Ibunya telah member I restu kepada Jalil.



Bab 33

Segala yang dirancang oleh Jalil telah mula dilaksanakan. Kawasan Bukit Nibung sedang dalam pembinaan sebuah teman tema seperti yang diilhamkan oleh Jalil. Projek pembangunan taman tema berjalan dengan lancar. Latifah memuji segala hasil usaha Jalil sehingga terlaksanakan projek ini. Bagi Jalil pengalaman dan kepahitan hidup adalah guru yang paling baik . Kemiskinan dan kesukaran bukan halangan untuk berjaya. Jalil yang suatu masa dahulu menjadi bahan cemuhan orang kampung kini mula dipandang tinggi. Jalil mahu membuktikan bahawa dia kembali menunaikan amanat arwah bapanya dan bukannya berdendam dengan orang kampung dan orang kampung akan mendapar manfaat daripada usahanya itu.







Bab 34

Persiapan untuk perasmian Taman Tema Nibung Park berjalan lancar. Lembah bukit yang dahulunya dipenuhi sawah padi kini sudah berubah wajah. Sejak pembukaannya, sambutan di luar dugaan. Setiap kawasan dibina landskap yang menarik. Jalil telah mencurahkan sepenuh idea dan kreativitinya sendiri.

Majlis perasmian Taman Tema Nibung Park telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Dalam ucapannya, Jalil telah menjelaskan secara terperinci dari mula dan bagaimana segala kepayahan yang ditempuhinya sehingga taman tema ini dapat direalisasikan seperti sekarang. Tujuan utamanya adalah untuk menunaikan hasrat arwah bapanya. Jalil juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya. Ibunya menitiskan air mata kerana Jalil telah membawa kembali maruah keluarga yang tercalar.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan member pujian kepada Jalil seorang anak muda kampung yang berjiwa besar. Hari itu merupakan hari yang paling cemerlang bagi Jalil kerana tanah pusaka hasil titik peluh dan kudrat empat kerat bapanya kini kembali menjadi miliknya untuk selamanya.



Bab 35

Jalil berada di puncak kejayaan. Suasana kampung usang telah bertukar menjadi sebuah Bandar. Jalil telah membina sebuah rumah di tapak bekas rumah mereka dahulu. Jalil juga memindahkan pejabat operasi dari Kuala Lumpur ke Lembah Nibung. Joe mengambil alih menguruskan segala perniagaan mereka di Kuala Lumpur. Jalil telah menamatkan zaman bujangnya dengan Latifah yang begitu setia dengan cintanya terhadap Jalil.



Bab 36

Projek taman tema telah siap sepenuhnya. Projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu telah menjadi mercu tanda pelancongan bagi kawasan utara tanah air. Untuk menampung permintaan pengunjung , sebuah kawasan penginapan berbentuk resort telah dibina. Pekan Bukit Jenun kini berubah menjadi Bandar moden. Syarikat Alam Hijau membina sebuah kompleks perniagaan . Ah Bee membuka sebuah pasar raya di kompleks berkenaan. Sebuah masjid dibina di tapak surau lamu kampung itu dan Ustaz Haji Megat diberi tanggunghawab untuk mengendalikan masjid tersebut. Di kawasan bekas tapak rumah Jalil, terbina sebuah rumah bangle dua tingkat milik Jalil bersama isterinya Latifah. Kehidupan Jalil sangat bahagia kerana dia telah mencapai segala yang diimpikan selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan